Isnin, 22 April 2013

Sumbangan kepada golongan yang berbakti mengimarahkan masjid


KUALA LUMPUR - Seramai 755 orang imam ratib, bilal ratib, noja ratib dan pendakwah di Wilayah Persekutuan menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM377,500. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha, sumbangan itu merupakan pengiktirafan kepada golongan yang berbakti mengimarahkan masjid di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pegawai-pegawai masjid dan surau, ahli jawatankuasa masjid, pendakwah dan pendidik di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di sini hari ini. - KOSMO!