Rabu, 17 April 2013

New Zealand Meluluskan Perkahwinan Sejenis



WELLINGTON 17 April - Parlimen New Zealand hari ini meluluskan perkahwinan sejenis di negara ini, sekali gus menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik membenarkan undang-undang tersebut dilaksanakan.

Seramai 77 daripada 121 ahli Parlimen bersetuju untuk mengubah Akta Perkahwinan 1955 dengan membenarkan perkahwinan sejenis di New Zealand.

New Zealand menjadi negara ke-13 di dunia yang membenarkan perkahwinan sejenis, selepas Uruguay meluluskan undang-undang yang sama pada minggu lepas.