Ahad, 2 November 2014

Apakah hukumnya Isteri meminta Cerai daripada Suami?

Ustazah,Apakah hukumnya seorang isteri meminta cerai daripada suaminya kerana tidak tahan hidup bersama dengan lelaki yang buruk aklah?

Jawapannya:

Kebahagiaan dalam perkahwinan adalah impian bagi semua pasangan yang berkahwin.Namun kadangkala kebahagiaan yang diimpikan ngeri,bilamana suatu saat seorang isteri harus meminta cerai dari suaminya lantaran berbagai sebab.Di sini akan dihuraikan beberapa pendapat Ulama'.

Seorang isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa sebab adalah haram hukumnya.Terdapat Sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada sesuatu desakan, haram ke atasnya mencium bau syurga [yakni akan ditegah dari mencium bau syurga]" [HR Imam Ahmad,Abu Daud,At Termizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut At-Termizi;hadis ini Hasan Al-Jami' As Saghier,no.hadis;2944].

Dari hadis di atas kita memahami bahawa:sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa

Namun jika ada desakan atau sebab yang munasabah,hukumnya adalah harus.Menurut Ulama' contoh desakan ialah: suami yang zalim,suka mendera isteri,tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya.Atau isteri merasakan tidak berupaya lagi menunaikan tanggungjawap kepada suami,jika kekal bersama.Kerana itu diharuskan meminta ditalaqkan atau meminta Khulu' (tebus Talak) iaitu isteri meminta suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan Mas Kahwinnya.

Ibnu 'Abbas RA menceritakan: Isteri kepada Tsabit bin Qais telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW:"Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta cerai dari Tsabit (suamiku) bukan aku mencela Agamanya dan aklaknya.akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar) [yakni kufur dalam pengertian engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya terfasakhnya nikah]",lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya;"Sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kahwin ketika perkahwinan kamu dahulu?. Ia menjawap: "Ya aku sanggup".Ia pun mengembalikan tanah kebun itu.Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit: " Ceraikanlah dia".[HR Imam al- Bukhari,soheh al- Bukhari,5276.

zahir hadis menunjukkan Rasulullah SAW membenarkan seorang isteri meminta cerai meski pun suaminya tidak memiliki masaalah dari aspek akhlak dan agama.Akan tetapi hakikat sebenarnya tidaklah sedemikian.Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia,beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain.Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain;

Daripada al-Rubayi' binti Mu'awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya sehingga tangannya patah.Isterinya (Bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay.

Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah SAW mengadu berkenaan suami tersebut (Tsabit).Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit,....(Shahih Sunan al-Nasaie.no.3497.

Berdasarkan riwayat diatas,kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya.Meski pun Jamilah ingin menutup aib suaminya didepan Rasulullah SAW.Baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah.Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar'ie atau munasabah.


Kesimpulannya,seorang isteri boleh meminta cerai daripada suami jika dia memilik sebab yang sah dari sudut syarak.kuat lagi munasabah.Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir.,bukan solusi yang awal.Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran,tidak ada yang terlepas daripadanya.Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain adalah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.


Wallahu'aklam.....

[Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad]


























Selasa, 9 September 2014

DAP SEMBAH AMPUN PADA SULTAN SELANGOR


SHAH ALAM – DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu telah menyebabkan tuanku berasa dukacita terhadap keputusannya mengemukakan hanya satu nama iaitu Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baharu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, meskipun parti itu gagal memenuhi permintaan tuanku supaya mengemukakan lebih dua nama bagi jawatan itu, namun pihaknya sentiasa setia dan mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan itu.

“Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulitnya menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda supaya parti-parti dalam PR mengemukakan lebih dua nama bagi calon jawatan menteri besar. 

Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin telah menerima senarai calon menteri besar daripada ketiga-tiga parti dalam PR namun hanya Pas yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP akan berunding dengan Ketua Pembangkang itu berkenaan dengan titah Sultan Selangor terbaru itu secepat mungkin.

“DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku,” katanya lagi.

Isnin, 8 September 2014

"SERANG" Presiden Pas secara terbuka

KUALA LUMPUR 7 Sept. - DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang diketahui cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak cukup celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah.
Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi.
Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh Pas di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasio-nal (BN) berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri.
Tidak cukup dengan Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul Hadi ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara lantang mengarahkan Pre-siden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.
Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin-pemimpin kanan Pas selain daripada kumpulan ulama bangkit mempertahankan Presiden Pas tersebut yang sedang diserang sebegitu rupa ataupun mereka yang dikenali sebagai puak 'Anwarinas' itu hanya membisu membiarkan Abdul Hadi keseo-rangan.
Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi yang merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk menjadi Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal.
"Lelaki yang enggan menggantikan Menteri Besar Kedah (merujuk kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah terlantar selama berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian mendapat lebih 1,000 sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini.
Tidak cukup dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak mempersoal kewibawaan Wan Azizah.
"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri Besar apabila Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden Pas ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan beliau," katanya sinis.
Sementara itu, seperti juga Nik Nazmi, Ketua Penerangan Wani-ta PKR, Azura Aziz juga tampil mengecam Abdul Hadi tetapi beliau bertindak lebih jauh apabila menyifatkan Presiden Pas tersebut sebagai mengkhianati pakatan pembangkang.
"Siapa dia untuk mengatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu? Dia cuba meletakkan tiga nama daripada Pas dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat pakatan rakyat. Jika dia tidak berpuas hati dengan gabung-an pakatan, dia harus meninggalkan parti," katanya.

Selasa, 2 September 2014

GADIS 'MALAM MERDEKA' MANGSA NAFSU DIMINTA TAMPIL BUAT LAPORAN



KUALA LUMPUR: Wanita tempatan yang muncul bogel sebelum gambarnya tersebar melalui laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin diminta membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Wanita dipercayai berusia 20-an itu sebelum ini mencetuskan kegemparan apabila terdapat tulisan ‘Malam Merdeka’ pada gambar lucah yang tersebar.

Gambar berkenaan yang turut dikongsi ramai pemilik FB mencetuskan rasa kurang senang apatah lagi wanita itu tampil memakai tudung.

Gambar itu turut dipercayai dirakam bersama seorang lelaki di dalam sebuah bilik berdasarkan gambar tangan seorang lelaki yang meraba wanita itu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius penyebaran gambar lucah itu yang jelas menyalahi undang-undang.

Menurutnya, wanita itu yang mungkin mangsa perbuatan pihak tidak bertanggungjawab perlu tampil membuat laporan polis secepat mungkin sekiranya dia dirogol atau sebaliknya.

“Polis kemudian akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Polis juga menyeru masyarakat tidak berkongsi dan menyebarkan apa sahaja bahan tidak senonoh di dalam media sosial yang boleh mengaibkan pihak tertentu sehingga menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Dia menyifatkan kegiatan penyebaran gambar seumpama itu hanya akan memalukan mangsa selain menyebabkan ia menjadi ikutan golongan remaja.

Isnin, 1 September 2014

ALLAH BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati

BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati


BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati -

Seorang gadis Mesir yang menggemparkan umat dunia semalam apabila beliau dengan beraninya mengalirkan darah haid atas kalimah allah kini terlibat dalam kemalangan ngeri menurut sumber dari Upi.com.

Kini kesombongan dirinya tidak dapat lagi diperlihatkan kerana perbuatan kejinya dibayar cash didunia. Alangkah ruginya seorang manusia itu jika belum sempat bertaubat. Walahu alam.


Selasa, 26 Ogos 2014

http://jobandcash.com/?share=93388

SULTAN S'NGOR PERKENAN KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN



Sultan Selangor hari ini memperkenan Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menitahkannya kekal di jawatan itu sehingga penggantinya dilantik.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

Khamis, 14 Ogos 2014

Jangan persoal status kerajaan negeri - Khalid

SHAH ALAM 13 Ogos - Status kerajaan negeri sekarang yang dipimpin oleh Menteri Besar dari Bebas bersama empat Exco Pas dan seorang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak selagi sah di sisi undang-undang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika perkara itu mahu diperbesar-besarkan, penubuhan kerajaan negeri pakatan pembangkang juga boleh dipersoalkan statusnya memandangkan pakatan berkenaan bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar.

"Orang tanya status kerajaan negeri sekarang dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, Pas semuanya ada, UMNO pun ada justeru, tidak ada sebarang masalah," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Pada Isnin lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar selepas dipecat keahliannya daripada PKR.

Abdul Khalid menerima kritikan daripada pelbagai pihak khususnya PKR dan DAP yang mahukan beliau berundur kerana didakwa hilang sokongan daripada parti.

Bagaimanapun, kedudukan Abdul Khalid masih selamat apabila empat Exco dari Pas menyokong kepimpinannya kecuali lima Exco PKR dan DAP yang tidak menyokong.



Sultan perkenan pemecatan Exco

SHAH ALAM 13 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pemecatan lima daripada enam Exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Kelima-lima mereka ialah Elizabeth Wong dan Dr. Daroyah Ali dari PKR serta Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau dari DAP.

Nasib seorang lagi Exco dari PKR, iaitu Rodziah Ismail akan ditentukan selepas beliau kembali dari luar negara.

Abdul Khalid berkata, pemecatan kesemua Exco terbabit adalah sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Saya telah menghantar surat kepada Sultan untuk mendapat perkenan baginda berhubung pemecatan kelima-lima Exco terbabit pada pukul 2 petang semalam selepas mendapat maklumat mereka tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar.

"Tuanku Sultan telah membalas surat tersebut dua jam selepas itu dan baginda berkenan membatalkan pelantikan kesemua Exco terbabit.

"Saya sedang tunggu Rodziah kembali (dari luar negara) untuk buat keputusan. Kalau dia bersetuju untuk bekerjasama dengan Exco sekarang, dia boleh teruskan dan jika tidak mahu, dia juga akan diberikan surat tamat khidmat," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan enam Exco daripada PKR dan DAP berkuat kuasa serta merta.

Abdul Khalid menjelaskan, kelima-lima Exco terbabit tidak boleh diteruskan berkhidmat setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar kecuali ketika menghadiri mesyuarat Exco.

Menurutnya, tindakan mereka ternyata bercanggah dengan 10 aku janji dan sumpah taat setia yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah pelantikan sebagai Exco di hadapan Sultan Selangor sebelum ini.

"Saya harap rakyat Selangor tidak keliru dengan penamatan khidmat mereka kerana dibuat secara sah. Harap rakyat bertenang," ujarnya.

Beliau menambah, kelima-lima Exco itu juga diberi masa secukupnya untuk mengosongkan pejabat masing-masing selain digalakkan untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) tetapi bukan atas kapasiti sebagai Exco.

Mengenai mesyuarat Exco hari ini tanpa kehadiran kelima-lima Exco yang sudah dipecat itu, beliau memberitahu, pelaksanaannya adalah sah mengikut Artikel 53(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dengan kehadiran empat Exco sedia ada selain pegawai-pegawai kerajaan negeri lain.

Abdul Khalid menambah, beliau juga tidak akan melantik Exco baharu buat masa ini kerana perkara itu sudah dibincangkan dengan Sultan Selangor yang mana baginda mahukannya meneruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan jumlah Exco sedia ada.

"Apa yang penting pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar dan kebajikan rakyat dapat dijaga," ujarnya.

Ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi negeri, Abdul Khalid berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Exco sama ada mahu menamatkan khidmatnya atau terus mengekalkannya.

Pada perkembangan berkaitan jelasnya, beliau akan mempertimbangkan untuk mengkaji semula jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada PKR dan DAP selepas ini.




Anwar rancang gantung jawatan MB?

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sedang merancang menggunakan sidang Dewan Undang-an Negeri (DUN) Selangor pada September depan untuk menggantung jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selama enam bulan jika usahanya untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu sekarang gagal.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mendakwa, sehubungan itu, kedudukan Abdul Khalid masih belum selamat kerana Anwar akan menggunakan peranan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh yang juga wakil rakyat DAP bagi memastikan misi tersebut berjaya.

Beliau mendakwa, usa-ha tersebut dipercayai sedang digerakkan dengan sokongan barisan peguam Anwar yang akan turut mencari segala kelemahan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan perancangan tersebut berjaya.

"Anwar akan gunakan segala kelemahan dan peruntukan yang ada dalam dewan untuk menjayakan misi itu dan kena ingat Speaker DUN ketika ini memang tidak mempunyai kuasa tetapi sampai waktu persidangan nanti beliau boleh melakukannya atas arahan terancang.

"Sebab itu saya mengingatkan Abdul Khalid untuk berhati-hati kerana kedudukannya belum selamat lebih-lebih lagi berdepan dengan Anwar yang sanggup me-lakukan apa sahaja," katanya dalam kenya-taan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Usaha menjatuhkan Abdul Khalid yang dirancang Anwar melalui Langkah Kajang masih gagal meskipun PKR telah mencalonkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu dan turut memecat keahlian pe-mimpin itu daripada PKR.

Meskipun pelbagai tohmahan dan desakan diarahkan kepada Abdul Khalid untuk melepaskan jawatan, beliau masih menduduki kerusi panas itu kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain itu, beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2008 mendapat sokongan padu daripada Pas dan empat Exco kerajaan negeri parti itu yang membolehkan Abdul Khalid terus memegang jawatan secara sah.

Sementara itu, Muhammad Zahid berkata, Anwar telah meletakkan dirinya pada kedudukan yang sangat rendah dan memalukan apabila menulis sendiri surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan baginda untuk Wan Azizah menghadap dan membincangkan mengenai isu yang sedang berlaku.

Beliau dalam nada sinis berkata, Anwar kini bukan sahaja menjadi suami kepada Wan Azizah tetapi dia juga sepatutnya boleh mengisi borang untuk menjadi setiausaha sulit kepada isterinya selepas ini.

"Beliau tanpa perasaan malu berhem-pas-pulas mahu mencalonkan isterinya sendiri sampai hilang sabar lalu menulis surat kepada baginda," katanya.




Sabtu, 24 Mei 2014

Malaysia bertemu Jepun,final Piala Thomas

Piala Thomas: Malaysia tewaskan Indonesia untuk melangkah ke final



KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Piala Thomas apabila menewaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir di New Delhi pada malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia akan bertemu Jepun pada Ahad ini yang mengejutkan juara bertahan China pada perlawanan sebelumnya.

Kemenangan Malaysia dilakar menerusi pemain perseorangan Lee Chong Wei dan Chong Wei Feng serta pasangan beregu, Tan Boon Heong-Hoon Thien How.

Kejayaan Malaysia melangkah ke perlawanan akhir ini mengulangi pencapaian yang sama pada 12 tahun lalu di Guangzhou, China dimana pada perlawanan akhir menentang Indonesia, Malaysia bagaimanapun tewas 2-3.

Ahad, 18 Mei 2014

Solat merata tempat

KUALA LUMPUR- “Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya berada,” kata Anita Shiar, 27 tahun.

Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.
Menurutnya, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.

“Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,” katanya.

Kata Zainuddin, mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.

Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.

“Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di mana-mana,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan wanita berkenaan.

Rabu, 14 Mei 2014

Sperma berusia 17 juta tahun ditemui di Australia


Sperma berusia 17 juta tahun ditemui di Australia
Gambar Hiasan

SYDNEY: Para saintis Australia melaporkan mereka berjaya menemui sperma haiwan berusia 17 juta tahun, masih elok dan dikatakan paling tua dalam sejarah.

Sperma itu adalah milik sejenis udang kecil dan ditemui di tapak kajian Khazanah Fosil Dunia Riversleigh, ke utara Queensland, Australia, tapak sama yang sebelum ini berjaya menemui pelbagai peninggalan haiwan purba.

Ini termasuk platipus bergigi gergasi dan kanggaru pemakan daging.

Menurut saintis biologi dari Universiti New South Wales, Mike Archer yang mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang itu, penemuan sperma terbabit adalah sesuatu yang “amat menarik”.

“Ini adalah sperma dalam bentuk fosil paling tua pernah direkodkan dunia geological,” katanya.

Panjang sperma itu dipercayai melebihi saiz seekor udang jantan. Ia dikesan di dalam organ seksual haiwan berkenaan yang digelar “ostracods”.

Kajian mengenai haiwan itu bermula pada tahun 1988 ketika Archer dan pasukannya menemui fosil mengandungi tisu lembut dan menghantar contoh terbabit kepada John Neil, pakar haiwan jenis “ostracods” di University La Trobe yang mendapati fosil terbabit mengandungi tisu lembut.

Penemuan itu kemudiannya telah dikemukakan kepada pakar beberapa negara Eropah dan kajian mikroskopik mendapati sampel tisu terbabit mengandungi organ seksual haiwan berkenaan.

Lebih baik lagi apabila ia turut mengandungi sel kromosom dan DNA.

Penemuan itu kemudiannya diterbitkan di dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B, yang turut memaklumkan sperma itu bersaiz 1.3 milimeter, lebih panjang dari saiz udang itu.



Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said kembali sertai UMNO - MB


Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said kembali sertai UMNO - MB
Datuk Seri Ahmad Said - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kembali menyertai UMNO selepas mengumumkan keluar parti kelmarin.

Perkara itu dimaklumkan Ahmad Said kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui panggilan telefon.

Perkembangan ini disahkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Ahmad Said juga dijangka mengadakan sidang media hari ini.

Terengganu menjadi tumpuan selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN Kijal), meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi wakil Bebas.

Bagaimanapun, Roslee menarik kembali surat keluar daripada UMNO pada petang Selasa dan kembali menjadi wakil rakyat BN menjadikan BN kini memegang 16 kerusi termasuk kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).



Ahad, 20 April 2014


Puaka Gua Tempurung sebabkan kematian Karpal, dakwa Raja Bomoh
Ibrahim Mat Zin - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Selepas berusaha membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang  lebih sebulan, lelaki yang mengelar dirinya sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' kini kembali beraksi untuk mencari kebenaran di sebalik kematian Karpal Singh pula.

Ini ekoran gambar Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang dilihat berjalan di sekitar kawasan di mana mendiang Karpal meninggal, sambil memegang suatu objek serupa sebuah mangkuk, disebarkan dengan meluasnya di laman sosial media.

Walaupun belum dipastikan tujuan beliau berada di kawasan itu, laman web Suara TV melaporkan bahawa  Ibrahim mendakwa kematian mendiang Karpal berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung  dan beliau telah pergi ke lokasi itu, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’.

Laporan itu turut berkata bahawa laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

"Semoga usaha yang saya lakukan itu akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi," beliau dilaporkan berkata sejurus melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat itu.

Sementara itu, pengguna Twitter kebanyakkannya menyindir perbuatan Raja Bomoh itu.

Ada yang berkata perbuatannya memalukan masyarakat Melayu di negara ini dan ada yang meminta pihak berkuasa untuk menahan beliau.
  
View image on Twitter


Khamis, 17 April 2014

Isteri ADUN Paloh maut dalam kemalangan jalan raya

KUALA LUMPUR: Isteri ADUN Paloh, Datuk Paduka Nozula Mat Diah, Datin Paduka Maziah Din dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sekitar jam 6.30 petang Khamis.

Menurut satu kenyataan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani, kenderaan yang dipandu sendiri oleh Nozula itu dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit di Cameron Hinglands menuju ke Simpang Pulai.

“Kenderaan dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin,” kata Acyrl Sani seperi dipetik meneusi kenyataan tersebut.

Nozula kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Ipoh dan hanya mengalami cedera ringan.


Karpal Singh, PA terlibat dalam kemalangan maut

  • Karpal Singh
 1 / 1 
IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama

Rabu, 16 April 2014

Suspek kedua ditahan di Pakistan atas kes makan bayi


Suspek kedua ditahan di Pakistan atas kes makan bayi
Mohammad Arif. -Gambar AFP

LAHORE: Polis Pakistan menahan seorang lelaki yang disyaki bersama saudaranya yang memakan bayi baru lahir di mana kepala bayi itu ditemui di rumah mereka, kata seorang pegawai.

Farman Ali ditahan sehari selepas polis menahan saudaranya Mohammad Arif berikutan penemuan mengerikan di rumah mereka di sebuah daerah terpencil di wilayah Punjab.

Pasangan itu pernah ditangkap pada 2011 atas kesalahan memakan mayat manusia di kampung yang sama dan dipenjarakan selama dua tahun.

Arif telah memberitahu polis bahawa Ali mencuri mayat bayi berusia dua hari dari tanah perkuburan di kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer (180 batu) selatan Islamabad, sebelum mereka memasak dan memakannya.

Ketua Polis daerah Bhakkar Ameer Abdullah berkata Ali ditahan pada hari Selasa.

Mahkamah memerintah agar mereka diletakkan di bawah jagaan polis selama seminggu untuk siasatan.

Tiada kesalahan tertentu mengenai kanibalisme dalam undang-undang Pakistan, jadi Abdullah berkata mereka telah didakwa di bawah undang-undang anti-keganasan dan kerana memusnahkan tubuh manusia.

Suspek akan menjalani ujian psikiatri, kata Abdullah.

Polis berkata bahawa isteri dan ahli keluarga suspek telah meninggalkan mereka beberapa tahun yang lalu dan hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah yang sama.

Pada 2011, polis menemui mayat seorang wanita berusia 24 tahun tanpa kaki yang sudah dimakan.

Jumaat, 11 April 2014

Tembak dua anggota polis, suspek dipercayai cuba meragut.


Tembak dua anggota polis, suspek dipercayai cuba meragut

AMPANG JAYA: Penjenayah yang menembak dua anggota polis di Jalan Lembah Maju 1/16, Taman Lembah Maju, Pandan Indah di sini disifatkan sebagai seorang yang berbahaya dan kejam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata ketika kejadian suspek dalam lingkungan 30an itu bersama rakannya dipercayai sedang mencari-cari mangsa untuk diragut.

"Berdasarkan kelakuan mereka yang sangat mencurigakan, kita percaya mereka ini cuba mencari mangsa untuk diragut dan kawasan tersebut juga merupakan satu kawasan yang sibuk dengan orang ramai lalu lalang di situ," kata Rahim dalam satu sidang media di Balai Polis Pandan Indah.

Anggota polis yang cedera itu dikenali sebagai Lans Koperal Lional Richard Jr, 26, dan Konstabel Zul Fazli Atlahi ,28.

"Lional yang cedera ditembak dua das tembakan di bahagian perut oleh suspek sudah lapan tahun berkhidmat dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) manakala Zul Fazli yang cedera sedikit terkena tembakan dibawah perutnya pula baru masuk empat tahun perkhidmatannya dalam PDRM," katanya lagi.

Polis juga menemui motorsikal yang digunakan suspek dalam kejadian itu dan mendapati ianya menggunakan nombor plat palsu.

"Berdasarkan nombor chasis motorsikal tersebut, ianya telah dilaporkan hilang di Setapak pada tahun lalu,".

Kedua-dua mangsa kini dalam keadaan stabil dan pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari perut Lans Koperal Lional dijangka akan dilakukan pada petang ini.

Gerakan besar-besaran memburu suspek telah dipergiatkan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan melawat kedua-dua anggota polis tersebut sekitar jam 4.30 petang ini.

Sabtu, 5 April 2014

MH370: Kos mengesan paling mahal dalam sejarah penerbangan

PERTH 5 April - Kos digunakan bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, merupakan yang paling mahal dalam sejarah industri penerbangan, lapor Fairfax Media.
Menurut FairFax Media, jumlah kos siasatan yang diketahui pada masa ini menunjukkan lebih AS$50 juta (RM164 juta) telah dibelanjakan iaitu melepasi perbelanjaan siasatan selama dua tahun nahas Air France sebelum ini. - Agensi

Jumaat, 4 April 2014

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIBNYA....CARA MANDI WAJIB YANG BETUL..!!!

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....AMARAN TOK IMAM

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara

Pertama: niat.

Kedua: menghilangkan najis di badan.

Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Jumaat, 28 Mac 2014

MH370: Petunjuk baharu diteliti

  • Tony AbbottTony Abbott
 1 / 1 
MELBOURNE - AUSTRALIA. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata,  terdapat satu petunjuk baru yang boleh dipercayai dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines  penerbangan MH370 yang hilang hampir tiga minggu lepas.

Laporan media Australia berkata Abbott telah diberi taklimat mengenai analisis data terbaru radar yang membuatkan pihak berkuasa memindahkan kawasan carian 1,100 km ke timur laut, berikutan makluman terbaru daripada pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Zon pencarian kini seluas kira-kira 319,000 km persegi dan 1,850 km ke barat Perth.

Analisis itu datang dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum perhubungan dengan MH370 terputus.

"Ini adalah petunjuk baru yang boleh dipercayai dan akan diperiksa dengan teliti," Abbott berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, ia menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada anggaran sebelumnya, menyebabkan peningkatan penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak perjalanannya ke selatan Lautan Hindi.

"Kemungkinan laluan penerbangan itu boleh menjadi subjek untuk dihalusi lagi sementara pasukan penyiasat antarabangsa yang membantu pencarian itu meneruskan analisis mereka," kata AMSA dalam satu kenyataan.

Australian Geospatial-Intelligence Organisation pula sedang menyusun semula tugas satelit-satelit bagi mendapatkan imej di kawasan baru itu.

Pencarian pesawat itu ditangguhkan dua kali dalam minggu ini kerana cuaca buruk tetapi keadaan cuaca bertambah baik pagi Jumaat dengan pesawat-pesawat mula berlepas dari Pangkalan Pearce Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dekat Perth, selepas pukul 6 pagi.

Operasi pada hari ini disertai sembilan pesawat tentera, termasuk dua P3 Orion RAAF, sebuah jet Pengawal Pantai Jepun, sebuah P3 Orion Jepun, sebuah P3 Orion dan sebuah C130 Hercules Korea Selatan, sebuah P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 China dan sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.

Enam kapal sedang menuju ke kawasan pencarian baru itu, terdiri daripada HMAS Success dan lima kapal Cina. - Bernama

Khamis, 27 Mac 2014

Tragedi MH370 tidak jejas nama baik Malaysia pada penganjuran sukan F1 - Khairy



Tragedi MH370 tidak jejas nama baik Malaysia pada penganjuran sukan F1 - Khairy
KUALA TERENGGANU: Penganjuran sukan permotoran Formula Satu (F1) yang akan berlangsung mulai esok di Sepang tidak akan menjejaskan nama baik Malaysia walaupun ia dijangka berlangsung dalam keadaan suram berikutan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata masyarakat dunia telah sedia maklum yang Malaysia masih lagi berkabung memperingati tragedi menyayat hati itu.

"Walaupun tanpa penganjuran konsert dan acara sampingan lain, kita yakin perlumbaan yang akan bermula Jumaat ini tetap menjadi perhatian peminat sukan permotoran itu," katanya kepada Bernama pada majlis santai minum petang bersama Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Nerus di sini hari ini.

Khairy sebelum ini meminta semua penganjur acara sukan menghormati tragedi kehilangan MH370 dengan mengadakan majlis secara sederhana.

Katanya acara sukan utama yang dirancang sebelum ini seperti kejohanan golf Piala EurAsia yang berlangsung selama tiga hari di Glenmarie Golf and Country Club serta Anugerah Dunia Sukan Laureus berjalan seperti biasa.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 27, 2014 20:30 (MYT)