Khamis, 25 April 2013
Menghormati Azan Adalah Wajib Bagi Umat Islam
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “ Tidaklah seseorang jin dan manusia atau sesuatu benda apapun yang mendengar suara panggilan azan itu, melainkan akan menyaksikan amalan baik orang itu esok pada hari kiamat. “ ( Riwayat Bukhari )
ULASAN HADIS:
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. WALLAHU’ALAM