Selasa, 9 Oktober 2018

Batal MRT2: 20,000 pekerja, 600 syarikat hilang pendapatan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pembatalan pakej projek Transit Aliran Massa (MRT2) yang dianugerahkan kepada gabungan Gamuda dan MMC Corp (Gamuda-MMC) menyebabkan 20,000 pekerja dan 600 lagi syarikat tempatan akan hilang punca pendapatan.
Katanya, beliau kecewa dengan keputusan pembatalan yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.