Isnin, 29 April 2013

122 penduduk Telupid terima geran tanah berkelompok


BELURAN 29 April - Sebanyak 122 penduduk dari lima buah kampung di Telupid hari ini menerima geran tanah berkelompok, sekali gus menyelesaikan masalah mereka yang meneroka tanah kerajaan negeri Sabah itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ketika berucap pada majlis penyerahan geran itu di sini berkata, geran secara berkelompok itu adalah bagi menjaga kebajikan penduduk sendiri kerana mereka tidak boleh menjual tanah berkenaan secara individu.

Penyerahan geran hari ini adalah fasa pertama, selepas ini ada dua lagi fasa dan ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini yang tinggal di kawasan tanah milik kerajaan negeri termasuk di kawasan hutan simpan, katanya.

Musa berkata, pewujudan Unit Khas Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mempercepatkan lagi urusan pengeluaran geran kepada rakyat yang tinggal lama di kawasan berstatus tanah kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Kampung Wonod, Taikong Jawah berkata, pemberian geran tersebut menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di kampungnya.

Katanya mereka telah meneroka tanah itu sejak 30 tahun lepas dan mengusahakannya dengan tanaman getah serta sawit yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk.

"Pemberian geran tanah itu membuktikan BN menepati janji untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah penduduk kampung melalui pendekatan terbaik," katanya. Setiap penduduk menerima tanah seluas enam hektar.

Hadir sama ialah calon BN kawasan Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee; calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk, Datuk Michael Asang; dan Datuk James Ratib (DUN Sugut). - BERNAMA




PRU-13: Usah tertipu kali kedua dengan manifesto pembangkang


KUALA SELANGOR 29 April - Masyarakat di daerah ini diingatkan agar berhati-hati dengan manifesto pakatan pembangkang yang menawarkan pelbagai janji untuk memancing undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, Jakiran Jacomah berkata, rakyat tidak seharusnya tertipu serta terperangkap dengan permainan politik pakatan pembangkang.

Beliau menegaskan, dalam tempoh lima tahun menjadi kerajaan negeri, pakatan pembangkang tidak menunaikan janji mereka sehinggakan rakyat sendiri seperti golongan ibu tunggal dan warga emas merasa kecewa lantas bangkit menuntut hak mereka di mahkamah.

"Mereka janji macam-macam kepada rakyat. Janji hendak turun harga minyak, turun harga kereta, beri pendidikan percuma namun mereka tidak perincikan secara jelas bagaimana pelaksanaan janji tersebut dan dari mana sumber kewangan untuk menunaikan janji tersebut.

"Jadi rakyat perlu hati-hati dengan manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

"Rakyat perlu ambil iktibar daripada kegagalan pembangkang menunaikan janji dalam manifesto mereka kepada rakyat Selangor hingga hari ini," katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Assam Jawa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE




Khamis, 25 April 2013

Menghormati Azan Adalah Wajib Bagi Umat Islam


Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “ Tidaklah seseorang jin dan manusia atau sesuatu benda apapun yang mendengar suara panggilan azan itu, melainkan akan menyaksikan amalan baik orang itu esok pada hari kiamat. “ ( Riwayat Bukhari )

ULASAN HADIS: 

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALLAH akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak. 
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. WALLAHU’ALAM

Rabu, 24 April 2013

Bekas Tahanan Ordinan Darurat Mati Ditembak


KUALA LUMPUR 24 April - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat mati ditembak dari jarak dekat ketika dia sedang menikmati makan malam bersama isteri dan anaknya yang berusia lapan tahun di sebuah restoran di Batu 14, Kampung Baharu Puchong, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, pemandu teksi, A. Siva, 36, didatangi oleh dua lelaki berbadan gempal dan bertopeng yang meluru ke arah mangsa dan melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa mati setelah salah satu daripada tembakan tersebut terkena bahagian dada dan menyebabkannya rebah.

"Mangsa telah cuba diselamatkan oleh orang ramai dengan menghantarnya ke sebuah klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudiannya melarikan diri menaiki kereta Proton Waja warna perak bernombor pendaftaran NBS 919.

Menurut Yahaya, siasatan lanjut mendapati kereta yang digunakan oleh suspek didaftarkan di atas nama seorang lelaki di Melaka.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis percaya kenderaan yang digunakan itu adalah kereta curi.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, polis kini turut menyiasat kaitan kejadian itu dengan satu lagi kes bunuh di kawasan tersebut dua minggu lalu.

"Siasatan turut dilakukan mengenai kaitan kejadian ini dengan satu lagi kes bunuh seorang pemilik kedai kopi yang mati ditetak dua minggu lalu," katanya lagi.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE




Selasa, 23 April 2013

Tahukah ANDA?

1. Apakah itu KERAJAAN?
Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk memerintah dan mengurau Negara.Kerajaan di Selangor,Kedah,Pulau Pinang Dan Kelantan adalah Kerajaan yang SAH disis undang-undang.Kerajaan di Negeri-negeri lain juga adalah SAH.Walau pun begitu ada PARTI yang membeli ADUN negri yang lain untuk menumbangkan KERAJAAN yang SAH disisi undang-undang Malaysia.

2. Siapakah kakitangan KERAJAAN?
Kakitangan KERAJAAN adalah terdiri dari RAKYAT pelbagai kaum dan agama serta menyokong       pelbagai IDEALOGI POLITIK dan bukan sahaja UMNO,MIC,MCA tetapi juga PAS,DAP dan PKR.

3. Apakah KERAJAAN itu BN-UMNO?
BN-UMNO adalah parti politik dan bukannya KERAJAAN.

Isnin, 22 April 2013

Sumbangan kepada golongan yang berbakti mengimarahkan masjid


KUALA LUMPUR - Seramai 755 orang imam ratib, bilal ratib, noja ratib dan pendakwah di Wilayah Persekutuan menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM377,500. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha, sumbangan itu merupakan pengiktirafan kepada golongan yang berbakti mengimarahkan masjid di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pegawai-pegawai masjid dan surau, ahli jawatankuasa masjid, pendakwah dan pendidik di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di sini hari ini. - KOSMO!




13 Akan Didakwa Dimakamah Kerana Kesalahan Berkaitan PRU13 Esok


PUTRAJAYA - Seramai 13 lelaki akan dihadapkan ke mahkamah esok atas pelbagai pertuduhan membabitkan lima kes yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, tujuh daripada lelaki itu akan didakwa berkaitan satu kes gaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam di Mantin, Negeri Sembilan, pada 7 April lepas, mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, dua lagi akan didakwa kerana melakukan kesalahan yang sama dengan membaling kerusi dan memegang besi dalam satu kes di Pasir Puteh, Kelantan, pada 20 April lepas.

Menurutnya dua lagi, masing-masing didakwa bagi kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk serta menyepak mengikut Seksyen 323 kanun Keseksaan; dan menakutkan secara jenayah dengan menunjukkan parang ke arah pengadu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan; dalam satu kes di Gemas, Negeri Sembilan pada 19 April lepas.

Pada sidang media di lobi pejabat Peguam Negara di sini, Tun Abdul Majid berkata seorang lagi didakwa kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah dengan menghayun parang ke arah pengadu dalam satu kes di Kuala Kangsar, Perak pada 18 April lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala satu lagi kerana melakukan khianat dengan mencabut bendera parti politik di Padang Serai, Kedah, pada 8 April lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tun Abdul Majid berkata, dalam tempoh dari 19 April sehingga pukul 2 petang ini, jumlah kes yang diarah untuk siasatan lanjut ialah 135, manakala kes yang diputuskan supaya tidak diteruskan berjumlah 113.

Beliau berkata antara kes yang diarah untuk siasatan lanjut ialah berkaitan kesalahan merusuh, memandu dengan gopoh di jalan awam, menyebut perkataan dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang, menyamar, khianat, ugutan jenayah dan lain-lain lagi.

Sementara itu, merujuk kepada laporan akhbar mengenai dakwaan seorang pemimpin veteran pembangkang kononnya ada laporan risikan cawangan khas polis yang meramalkan pakatan pembangkang bakal memenangi 145 kerusi parlimen berbanding 77 kerusi bagi Barisan Nasional, yang kemudian dinafikan polis Jumaat lepas; Tun Abdul Majid berkata terdapat satu laporan polis berikutan insiden itu.

Beliau berkata oleh kerana perkara itu masih dalam siasatan pihak berkuasa, pihaknya tidak dapat memberikan apa-apa penjelasan lanjut mengenainya. - Bernama




Ahad, 21 April 2013

Kemalangan maut...

kemalangan ngeri

SHAH ALAM - Lima lelaki termasuk seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi tadi.

Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, tiga daripada mangsa yang menunggang, berhenti di lorong kecemasan selepas motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan.

Bagaimanapun katanya, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Honda City yang hilang kawalan terus merempuh mereka.

“Rempuhan itu menyebabkan tiga penunggang motosikal dan pemandu kereta itu maut di lokasi kejadian.

“Tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat seorang pemandu kereta lain berhenti di situ untuk menghulurkan bantuan, namun kenderaannya dirempuh pula oleh seorang penunggang motosikal lain,” katanya.

Menurutnya, penunggang  motosikal itu disahkan mati akibat rempuhan kuat.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, satu sidang akhbar berhubung kejadian akan diadakan petang nanti oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob.


Inilah salah satu Kebesaran Allah...


Ini foto AL_AQSA [ yg sebenarnya bukan bohongan atau hasil rekayasa] di Jerusalem, Subhanallah …… Foto ini bisa lolos karena tidak diketahui oleh pihak israel laknatulloh yg menjaga tempatnya dengan sangat ketat. Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Pada saat Nabi Muhammad mau Mi’raj batu tsb ikut, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tsb, maksudnya agar batu tsb tak usah ikut. Kisah Isra Mi’raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tsb yang berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan Masjidil AQSHA di Yarusalem.

Sampai sekarang mesjid dome of rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat mesjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah “emas” (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat islam dimana mesjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “mesjid kubah biru”.

Saat ini mesjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh israel , dan rencananya mau dihancurkan untuk diganti sebagai temapat ibadah mereka karena bersebelahan dengan tembok ratapan.

Subhanallahh….bagus untuk di baca…..

*Ali bin Abi Talib r.a berkata :

“Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tibadatanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata : ‘ Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S.yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’ Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda :

” Silahkan bertanya.’ Berkata orang Yahudi : ‘ Silahkan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.”

Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Sholat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya , Sholat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi , Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S. , maka setiap mukmin yang sholat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya .”

Sholat Isya’ itu ialah sholat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku , Sholat Subuh adalah sebelum terbit matahari , ini karena apabila matahari terbit , terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : ‘ Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang sholat.’

Rasullullah S.A.W bersabda : ” Jagalah waktu-waktu sholat terutama sholat yang pertengahan , Sholat Zuhur , pada saat itu nyalanya neraka Jahanam , orang mukmin yang mengerjakan sholat pada ketika itu akan diharamkan keatasnya uap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.”

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi : ” Manakala sholat Asar , adalah saat di mana Nabi Adam A.S. Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sholat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.”

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud : ” Jagalah waktu-waktu sholat terutama sekali sholat yang pertengahan , sholat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sholat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

‘Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Sholat Isya’ (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sholat Isya’ berjamaah , Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath.”

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya : ” Sholat Subuh pula , seorang mukmin yang mengerjakan sholat Subuh selama 40 hari secara berjamaah , diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu :

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : ‘ Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu ? ‘

Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang , lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.”

Kata orang Yahudi : ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu ‘.

Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara :

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya ( daging yang tumbuh dengan makanan yang haram ) .

2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi : ‘ Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi ‘.

Sabda Rasullullah S.A.W. : ” Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya ( untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat ) ‘.

Kata orang Yahudi : ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah ( kami percaya bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah ) ‘. ” Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu , dengan sedikit ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat ? ” Maka jawabnya Rasulullah S.A.W., ” Umat dikenal karena WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ” .

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahwa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a sabda Rasulullah S.A.W. : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan :

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lezat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ” Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” ( Surah Al-Baqarah : 237 )*


BERIKUT senarai calon bertanding PRU13 di Perak


PARLIMEN

P.054 : GERIK
Datuk Hasbullah Osman (Umno)
Norhayati Kasim (Pas)

P.055 :  LENGGONG
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Umno)
Razman Zakaria (Pas)

P.056 : LARUT
Datuk Hamzah Zainudin (Umno)
Datuk Fauzi Shaari (Pas)
M Raveedran (Bebas)


P.057 : PARIT BUNTAR
Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin (Umno)
Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa (Pas)


P.058 : BAGAN SERAI
Dr Noor Azmi Ghazali (Umno)
Dr Muhammad Nur Manuty (PKR)
Abdul Latiff Mas’ud (Bebas)


P.059 : BUKIT GANTANG
Datuk Ismail Safian (Umno)
Idris Ahmad (Pas)


P.060 : TAIPING
Datuk Tan Lian Hoe (Gerakan)
Nga Kor Ming (DAP)


P.061 : PADANG RENGAS
Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz (Umno)
Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (PKR)


P.062 : SUNGAI SIPUT
Datuk SK Devamany (MIC)
Dr D Jeyakumar (PKR)
SP Nagalingam (bebas)


P.063 : TAMBUN
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
Siti Aishah Shaik Ismail (PKR)


P.064 :  IPOH TIMUR
Kathleen Wong Mei Yin (MCA)
Thomas Su Keong Siong (DAP)


P.065 :  IPOH BARAT
Dr Cheng Wei Yee (MCA)
M Kula Segaran (DAP)
Kalwat Singh Sujan Singh (bebas)


P.066 : BATU GAJAH
Loo Thin Tuck (MCA)
V Sivakumar (DAP)


P.067 :  KUALA KANGSAR
Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Umno)
Dr Khalil Idham Lim Abdullah (Pas)
Datuk Kamilia Ibrahim (bebas)


P.068 : BERUAS
Datuk Chang Ko Youn (Gerakan)
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP)



P.069 : PARIT
Datuk Mohd Zaim Abu Hassan (Umno)
Muhammad Ismi Mat Tain (Pas)



P.070 : KAMPAR
Datuk Lee Chee Leong (MCA)
Ko Chung Sen (DAP)


P.071 : GOPENG
Datuk Tan Chin Meng (MCA)
Dr Lee Boon Chye (PKR)


P.072 : TAPAH
Datuk M Saravanan (MIC)
K Vasantha Kumar (PKR)
Shahruzzaman Bistaman (berjasa)
Ridzuan Bani (bebas)


P.073 : PASIR SALAK
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)
Mustaffa Kamil Ayub (PKR)


P.074 : LUMUT
Datuk Seri Kong Cho Ha (MCA)
Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid


P.075 : BAGAN DATOH
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
Madhi Hassan (PKR)


P.076 : TELUK INTAN
Datuk Mah Siew Keong (Gerakan)
Seah Leong Peng (DAP)
K Muralingan (bebas)


P.077 :  TANJUNG MALIM
Datuk Seri Ong Ka Chuan (MCA)
Datin Paduka Tan Yee Kew (PKR)


-------------------------------------------------------------------------


DEWAN UNDANGAN NEGERI

N.01 : Pengkalan Hulu
Aznel Ibrahim (Umno)
Mejar (B)Abdullah Masnan (PKR)

N.02 : Temengor
Salbiah Mohamed (Umno)
Mohd Supian Nordin (PKR)

N.03 : Kenering
Datuk Mohd Tarmizi Idris (Umno)
Mohd Tarmizi Abdul Hamid (PKR)

N.04 : Kota Tampan
Datuk Saarani Mohamad (Umno)
Zahrul Nizam Abdul Majid (PKR)

N.05 : Selama
Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (Umno)
Mohd Akmal Kamarudin (Pas)

N.06 : Kubu Gajah
Ahmad Hasbullah Alias (Umno)
Mohd Nazri Din (Pas)

N.07 : Batu kurau
Dr Muhammad Amin Zakaria (Umno)
Fadzil Alias (PKR)

N.08 : Titi Serong
Abu Bakar  Mat Ali (Umno)
Abu Bakar Hussian (Pas)

N.09 : Kuala Kurau
Mohd Salleh Mat Disa (Umno)
Abdul Yunus Jamahri (PKR)

N.10 : Alor Pongsu
Datuk Sham Mat Sahat (Umno)
Rosli Ibrahim (PKR)
Shamsul Amir Ramli (bebas)

N.11 : Gunung Semanggol
Zulkarnain Ismail (Umno)
Mohd Zawawi Abu Hassan (Pas)
Halidi Wahab (Bebas)

N.12 : Selinsing
Sharudin Ahmad (Umno)
Husin Din (Pas)

N.13 : Kuala Sepetang
Loh Swee Eng (Gerakan)
Chua Yee Ling (PKR)
Zainal Abidin Abd Rahman (berjasa)

N.14 : Changkat Jering
Datuk Rosli Husin (Umno)
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas)
Zulkefli Ibrahim (bebas)

N.15 : Trong
Dr Zabri Abdul Wahid (Umno)
Norazli Musa (Pas)

N.16 : Kamunting
Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid (Umno)
Mohamad Fakhruddin Abdul Aziz (Pas)

N.17 : Pokok Assam
Datuk Ho Cheng Wang (MCA)
Teh Kok Lim (DAP)
Mohd Yusoff Abdul Hamid (bebas)

N.18 : Aulong
Soo Kay Peng (Gerakan)
Leow Thye Yih (DAP)
Yew Tian Hoe (bebas)

N.19 : Chenderoh
Zainun Mat Nor (Umno)
Mohamad Azalan Mohamad (Pas)

N.20 : Lubuk Merbau
Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Umno)
Mohd Zainudin Mohd Yusof (Pas)

N.21 : Lintang
Datuk Zolkafly Harun (Umno)
Ahmad Mazlan Othman (Pas)

N.22 : Jalong
Liew Yew Aw (Gerakan)
Loh Sze Yee (DAP)
S Kalimuthu (bebas)

N.23 : Manjoi
Mohamad  Ziad Mohamed (Umno)
Asmuni Awi (Pas)

N.24 : Hulu Kinta
Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Umno)
MA Tinagaran (PKR)
Sulaiman Zakaria (bebas)

N.25 : Canning
Ceylyn Tay Wei Lung (Gerakan)
Wong Kah Woh (DAP)

N.26 : Tebing Tinggi
Tony  Khoo Boon Chu (MCA)
Ong Boon Piow (DAP)

N.27 : Pasir Pinji
Tong Fah Chong (MCA)
Lee Chuan How (DAP)

N.28 : Bercham
Liew Huey Shan (MCA)
Cheong Chee Khing (DAP)
RK Muthu (Bebas)

N.29 : Kepayang
Chang Kok Aun (MCA)
Nga Kor Ming (DAP)

N.30 : Buntong
C Sivaraj (MIC)
A Sivasubramaniam (DAP)
A Iruthiyam Sebastiar (bebas)
Mohd Basri Shafie (bebas)

N.31 : Jelapang
S Mokan (MIC)
Teh Hock Ke (DAP)
M Sarasvathy (PSM)

N.32 : Menglembu
Loo Gar Yen (MCA)
Lim Pek Har (DAP)

N.33 : Tronoh
Yip Sze Choy (MCA)
Yong Choo Kiong (DAP)

N.34 : Bukit Chandan
Maslin Sham Razman (Umno)
Fathmawaty Salim (PKR)
Jahiddin Isa (bebas)

N.35 : Manong
Mohamad Kamil Shafie (Umno)
Jamil Dzulkarnain (Pas)

N.36 : Pengkalan Baharu
Datuk Abd Manap Hashim (Umno)
Khairuddin Abd Malik (Pas)
Ahmad Nizam Ibrahim (bebas)

N.37 : Pantai Remis
Koh Ser Yun (MCA)
Wong May Ing (DAP)

N.38 : Belanja
Drs Mohd Nizar Zakaria (Umno)
Najihatussalehah Ahmad (Pas)

N.39 : Bota
Datuk Nasaruddin Hashim (Umno)
Zulkifly Ibrahim (PKR)

N.40 : Malim Nawar
Chang Gwo Chyang (MCA)
Leong Cheok Keng (DAP)

N.41 : Keranji
Daniel Wa Wai How (MCA)
Chen Fook Chye (DAP)

N.42 : Tualang Sekah
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Umno)
Baldip Singh (PKR)
Syed Mohammad Syed Ali (bebas)

N.43 : Sungai Rapat
Datuk Hamidah Osman (Umno)
Radzi Zainon (Pas)
Mior Azman Mior Aris (bebas)

N.44 : Simpang Pulai
Datuk Chang Kon You (MCA)
Chang Ming Kai (PKR)

N.45 : Teja
Yew Sau Kham (MCA)
Chang Lih Kang (PKR)

N.46 : Chenderiang
Datuk Dr Ma Hang Soon (MCA)
Amani Williams Hunt Abdullah-Bah Tony (PKR)

N.47 : Ayer Kuning
Datuk Samsudin Abu Hassan (Umno)
Ahmad Razi Othman (Pas)

N.48 : Sungai Manik
Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Umno)
Osman Abdul Rahman (PKR)

N.49 : Kampung Gajah
Abdullah Fauzi Ahmad Razali (Umno)
Ishak Saari (Pas)

N.50 : Sitiawan
Ting Tai Fook (MCA)
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP)

N.51 : Pasir Panjang
Rashidi Ibrahim (Umno)
Rohawati Abidin (Pas)
S Vijayan (bebas)

N.52 : Pangkor
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (Umno)
Mohd Saifullah Mohd Zulkifly (PKR)
Bernard Parenpa (bebas)

N.53 : Rungkup
Datuk Shahrul Zaman Yahya (Umno)
Mohd Misbahul Munir Masduki (Pas)

N.54 : Hutan Melintang
R Supramaniam (MIC)
S Kesavan (PKR)
Masdisi Hashim (bebas)
Azhari Abdullah (berjasa)

N.55 : Pasir Berdamar
Datuk M Kayveas (PPP)
Terence Naidu (DAP)

N.56 : Changkat Jong
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin (Umno)
Mohd Anuar Sudin (Pas)
K Suppan (bebas)

N.57 : Sungkai
Goh Kim Swee (MCA)
A Sivanesan (DAP)

N.58 : Slim
Datuk Khushairi Abd Talib (Umno)
Aminuddin Zulkipli (Pas)
Datuk Mosses Ramiah (bebas)

N.59 : Behrang
Datuk Rusnah Kassim (Umno)
Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (PKR)
PS Naidu (bebas)
Mejar (B) Kamal Badri Tak M Zainudin (bebas)

Sabtu, 20 April 2013

PRU-13: Anggota polis meninggal dunia serangan jantung di pusat penamaan



JASIN 20 April - Ketua Pondok Polis Kemendor, Koperal Nordin Ahmad, 54, meninggal dunia dipercayai rebah ketika bertugas di hadapan pintu masuk kawasan pusat penamaan calon di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini lebih kurang pukul 8 pagi ini akibat serangan jantung.

Mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jasin pada jam 8.15 pagi, kata Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Muhd. Nor Hishamuddin Hashim. - UTUSAN ONLINE







Jumaat, 19 April 2013

Aishah Ghani Berpesan Agar Keamanan Negara Terus Dipelihara


KUALA LUMPUR - Tokoh veteran wanita UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, yang disahkan meninggal dunia kerana sakit tua pada pukul 12.55 petang tadi antara lain sempat berpesan mengenai situasi politik negara.

Anak sulungnya, Shairudin Abd Aziz berkata, walaupun ibunya itu dalam keadaan tidak sihat tetapi beliau masih lagi bercakap mengenai politik yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

"Beliau sempat berpesan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini. Beliau mengharapkan supaya biarlah keamanan negara ini dipelihara sampai bila-bila," katanya semasa ditemubual di kediaman rasminya di Jalan Bukit Ledang, Damansara hari ini.

Aishah mula dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kuala Lumpur sejak seminggu lalu kerana mengalami beberapa masalah kesihatan seperti buah pinggang dan hati.

Beliau yang mula menyertai politik sejak 1949 meninggalkan empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. Jenazah tersebut bakal dikebumikan sekitar jam 6 petang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara hari ini. - KOSMO!




Khamis, 18 April 2013

Imam Masjid Nabawi kunjungi Malaysia


KUALA LUMPUR 18 April - Imam dan khatib Masjid Nabawi, Fadhilatul Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair akan berada di negara ini mulai esok sehingga 4 Mei ini sebagai tetamu kerajaan Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, Fadhilatul Al-Syeikh Solah akan berada di beberapa lokasi di negara ini sepanjang kunjungannya itu antaranya mengimamkan solat Zohor di Masjid As-Syakirin, KLCC pada Sabtu ini.

Beliau juga akan memimpin solat Jumaat dan menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Negara dan Masjid Putra, Putrajaya masing-masing pada 26 April dan 3 Mei, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang berada di negara ini, Fadhilatul Al-Syeikh Solah juga dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah dan mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain bertemu anggota Muzakarah Jawatankuasa Fatwa peringkat kebangsaan.

Pada 24 April, Fadhilatul Al-Syeikh Solah dijadual menyampaikan "executive talk" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Kehadiran beliau ke Malaysia diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi dalam pembangunan hal ehwal Islam di negara ini," katanya.

Fadhilatul Al-Syeikh Solah merupakan imam dan khatib Masjid Nabawi sejak 1999 sehingga kini dan merupakan Hakim Mahkamah Agung Madinah.

Beliau juga pernah memangku Imam Besar Masjid Nabawi dari 2011 hingga 2012 dan pernah menjadi Imam tarawih Masjidil Haram pada 2005 dan 2006.
- BERNAMA




Krisis pembangkang Perak makin parah


KRISIS dalaman serta perebutan kerusi antara parti-parti pakatan pembangkang di Perak semakin meruncing sehingga menyaksikan kemungkinan berlaku pertembungan sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Walaupun senarai penuh calon pembangkang dijangka diumumkan malam ini (Khamis), gerakan protes oleh pemimpin akar umbi dijangka tetap berlaku berikutan penolakan terhadap calon pilihan parti selain perebutan kerusi antara Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Paling mencuri tumpuan ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering yang sebelum ini disebut-sebut akan ditandingi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, tetapi dibantah oleh PKR.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain sebelum ini mengumumkan Mohammad Nizar bertanding di kawasan itu tetapi Pengerusi PKR negeri, Dr. Muhammad Nur Manuty menegaskan bahawa kerusi tersebut hanya akan diserahkan sekiranya Pas memberi kerusi lain sebagai ganti.

"Setakat ini belum ada (keputusan), mungkin ada perubahan tetapi masih dibincangkan. Tunggulah malam ini, mungkin kita akan umumkankan semuanya (calon)," kata seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Perebutan kerusi Pas dan PKR di DUN Kota Tampan juga belum menemui jalan penyelesaian apabila Majlis Tindakan DUN Kota Tampan Pas yang mewakili 15 unit peti undi sebulat suara menolak mana-mana calon PKR yang diletakkan bertanding di kawasan itu.

Difahamkan, PKR Cabang Lenggong juga lumpuh akibat perletakan jawatan 13 orang ahli jawatankuasanya baru-baru ini sehingga mencetuskan keraguan dalam kalangan ahli Pas mengenai kemampuan PKR bertanding di kawasan itu.

PKR juga dijangka akan bertembung sesama sendiri di Parlimen Tapah apabila Ketua Cabang PKR Tapah, Ridzuan Bani mengesahkan bertanding sebagai calon Bebas kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PKR meletakkan bekas pemimpin Hindraf, K. Vasantha Kumar bertanding di situ.

DAP yang sebelum ini dilihat 'selesa' menjelang hari penamaan calon, menerima tekanan apabila Parti Sosialis Malaysia (PSM) secara tiba-tiba mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang.

Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam satu kenyataan baru-baru ini menegaskan, parti itu tidak mempunyai pilihan untuk bertanding sebagai calon bebas jika DAP enggan melayan permintaan mereka.

Krisis dalam DAP juga menyakiskan seorang bekas pemimpinnya, K. Muthu memutuskan bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kepayang kerana tidak berpuas hati dengan pemecatannya sebagai penyelaras Parlimen Ipoh Barat oleh Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran.

Ironinya, DUN Kepayang akan ditandingi oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang diketahui tidak sebulu dengan Kulasegaran. - UTUSAN ONLINE




Rabu, 17 April 2013

New Zealand Meluluskan Perkahwinan Sejenis



WELLINGTON 17 April - Parlimen New Zealand hari ini meluluskan perkahwinan sejenis di negara ini, sekali gus menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik membenarkan undang-undang tersebut dilaksanakan.

Seramai 77 daripada 121 ahli Parlimen bersetuju untuk mengubah Akta Perkahwinan 1955 dengan membenarkan perkahwinan sejenis di New Zealand.

New Zealand menjadi negara ke-13 di dunia yang membenarkan perkahwinan sejenis, selepas Uruguay meluluskan undang-undang yang sama pada minggu lepas.





Gelaran "DOKTOR" Datuk Che Rozmey Ditarik Balik


Gelaran 'Doktor', pengeluar formula menurunkan berat badan, Datuk Che Rozmey Che Din yang digantung keanggotaan selama dua tahun turut ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

Menurut Presiden Majlis Perubatan Malaysia, MMC, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, Datuk Che Rozmey tidak dibenarkan beroperasi sehingga tamat tempoh penggantungan.

Inkuiri pada 16 Januari lalu mendapati Datuk Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan yang melanggar Seksyen 3.4 Kod Etika Profesional, Akta Perubatan 1971.

Dia juga didapati bersalah membabitkan diri dengan perusahaan komersil yang melanggar bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.
Hukuman berkuatkuasa sehingga 14 Mac tahun 2014.

Selasa, 16 April 2013

Senarai Penuh Calon BN Negeri Perak Darul Ridzuan


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengumumkan senarai calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengumuman itu dibuat di Bangunan UMNO Perak di sini kira-kira pukul 10.15 pagi.

Senarai calon berkenaan ialah:

PARLIMEN:

P.54 GERIK - Datuk Hasbullah Osman (berpindah dari DUN Temengor)

P.55 LENGGONG - Datuk Samsul Anuar Nasarah (Penyandang)

P.56 LARUT Datuk Hamzah Zainuddin (Penyandang)

P.57 PARIT BUNTAR - Muammar Ghadafi Jamaludin (baharu)

P.58 BAGAN SERAI - Dr. Nor Azmi Ghazali (baharu)

P.59 BUKIT GANTANG - Datuk Ismail Saffian

P.60 TAIPING - Datuk Tan Lian Hoe (berpindah dari Parlimen Gerik)

P.61 PADANG RENGAS - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Abdul Aziz (penyandang)

P.62 SUNGAI SIPUT - Datuk S.K. Devamany (berpindah dari Parlimen Cameron Highlands)

P.63 TAMBUN - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (penyandang)

P. 64 IPOH TIMOR Kat Wong Mei Yin (baharu)

P.65 IPOH BARAT - Dr. Cheng Wei Yee (baharu)

P.66 BATU GAJAH - Loo Thin Tuck (baharu)

P.67 KUALA KANGSAR - Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad (berpindah dari DUN Bukit Chandan)

P.68 BERUAS - Datuk Chang Ko Youn

P.69 PARIT - Datuk Mohd. Zaim Abu Hasan (berpindah dari DUN Belanja)

P.70 KAMPAR - Datuk Lee Chee Leong (penyandang)

P.71 GOPENG - Datuk Tan Chin Meng (berpindah dari DUN Kepayang)

P.72 TAPAH - Datuk M. Saravanan (penyandang)

P.73 PASIR SALAK - Datuk Tajuddin Abdul Rahman (penyandang)

P.74 LUMUT - Datuk Seri Kong Cho Ha (penyandang)

P.75 BAGAN DATOH - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (penyandang)

P.76 TELUK INTAN - Datuk Mah Siew Keong

P.77 TANJUNG MALIM - Datuk Seri Ong Ka Chuan (penyandang)

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

N.01 PENGKALAN HULU - Aznil Ibrahim (baharu)

N.02 TEMENGOR - Salbiah Mohamed

N.03 KENERING - Datuk Mohd. Tarmizi Idris (penyandang)

N.04 KOTA TAMPAN - Datuk Saarani Mohamad (penyandang)

N.05 SELAMA - Datuk Mohamad Daud Mohd. Yusoff (penyandang)

N.06 KUBU GAJAH - Ahmad Hasbullah Elias (baharu)

N.07 BATU KURAU - Dr. Mohamad Amin Zakaria (baharu)

N.08 TITI SERONG - Abu Bakar Mat Ali

N.09 KUALA KURAU - Mohd. Salleh Mat Disa

N.10 ALOR PONGSU - Datuk Sham Mat Sahat (penyandang)

N.11 GUNONG SEMANGGOL - Zulkarnain Ismail (baharu)

N.12 SELINSING - Sharudin Ahmad (baharu)

N.13 KUALA SEPETANG - Loh Swee Eng (baharu)

N.14 CHANGKAT JERING - Datuk Rosli Husin (berpindah dari DUN Trong)

N.15 TRONG - Dr. Zabri Abd. Wahid (baharu)

N.16 KAMUNTING - Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (penyandang)

N.17 POKOK ASSAM - Datuk Ho Cheng Wang

N.18 AULONG - Soo Key Ping (baharu)

N.19 CHENDEROH - Zainun Mat Nor (baharu)

N.20 LUBOK MERBAU - Datuk Siti Salmah Mat Jusak (berpindah dari DUN Chenderoh)

N.21 LINTANG - Datuk Dzulkifli Harun (baharu)

N.22 JALONG - Liew Yew Aw (baharu)

N.23 MANJOI - Mohamad. Ziad Mohamed (penyandang)

N.24 HULU KINTA - Datuk Aminuddin Hanafiah (baharu)

N.25 CANNING - Ceylyn Tay Wei Lung (baharu)

N.26 TEBING TINGGI - Tony Khoo Boon Chuan (berpindah dari DUN Pasir Pinji)

N.27 PASIR PINJI - Datuk Thong Fah Chong

N.28 BERCHAM - Lim Huey Shan (baharu)

N.29 KEPAYANG - Chang Kok Aun (baharu)

N.30 BUNTONG - C. Sivaraj (baharu)

N.31 JELAPANG - S. Mokan (baharu)

N.32 MENGLEMBU Loo Gar Yen (baharu)

N.33 TRONOH - Yip Sze Choy (baharu)

N.34 BUKIT CHANDAN - Maslin Sham Razman (baharu)

N. 35 MANONG - Mohamed Kamil Shafie (baharu)

N.36 PENGKALAN BAHARU - Datuk Abdul Manaf Hashim (penyandang)

N.37 PANTAI REMIS - Koh Ser Yun (baharu)

N.38 BELANJA - Mohd. Nizar Zakaria (berpindah dari Parlimen Parit)

N.39 BOTA - Datuk Nasaruddin Hashim (penyandang)

N.40 MALIM NAWAR - Chang Gwo Chyang (baharu)

N.41 KERANJI - Daniel Wa Wai How (baharu)

N.42 TUALANG SEKAH - Nolee Ashilin Mohammad Radzi (penyandang)

N.43 SUNGAI RAPAT - Datuk Hamidah Osman (penyandang)

N.44 SIMPANG PULAI - Datuk Chang Kon You (baharu)

N.45 TEJA - Yew Sau Kham (baharu)

N.46 CHENDERIANG - Datuk Dr. Mah Hang Soon (penyandang)

N.47 AYER KUNING - Datuk Samsudin Abu Hassan (penyandang)

N.48 SUNGAI MANIK - Datuk Zainol Fadzi Paharudin (penyandang)

N.49 KAMPONG GAJAH - Abdullah Fauzi Ahmad Razali (baharu)

N.50 SITIAWAN - Ting Tai Fook (baharu)

N.51 PASIR PANJANG - Rashidi Ibrahim (baharu)

N.52 PANGKOR Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (penyandang)

N.53 RUNGKUP - Datuk Shahrul Zaman Yahya (baharu)

N.54 HUTAN MELINTANG - R. Supramaniam (baharu)

N.55 PASIR BEDAMAR - Datuk Seri Dr. M. Kayveas (berpindah dari Parlimen Taiping)

N.56 CHANGKAT JONG - Mohd. Azhar Jamaluddin (baharu)

N.57 SUNGKAI - Goh Kim Swee (baharu)

N.58 SLIM - Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (penyandang)

N.59 BEHRANG - Datuk Rusnah Kassim (berpindah dari DUN Hulu Kinta)




Isnin, 15 April 2013

Adab Menjelang Waktu Magrib atau Malam Hari




1. Beberapa adab menjelang malam diantaranya: Memasukan anak-anak kedalam rumah, mengunci pintu rumah dan jendela dengan ucapan Bismillah kerana disaat itu syaitan betebaran masuk kerumah. juga tutuplah bejana (tempat air atau air minum) sekali pun dengan sepotong kayu yang melintang diatasnya serta matikanlah lampu lampumu, dengan menyebut nama Allah. Lengkapnya semak hadis dibawah ini.

Beberapa Adab Dan Kebaikan

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ -أَوْ أَمْسَيْتُمْ- فَكُفُّوْا صِبْيَانَكُمْ؛ فَإِنَّ الشَّيَاطِيْنَ تَنْتَشِرُ حِيْنَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوْهُمْ، وَأَغْلِقُوا اْلأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ؛ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا، وَأَوْكُوْا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ، وَخَمِّرُوْا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ، وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوْا عَلَيْهَا شَيْئًا، وَأَطْفِئُوْا مَصَابِيْحَكُمْ

267. “Jika malam menjelang atau kamu masuk pada senja hari, tahanlah anak anak kecil kamu. Karena syaitan bertebaran pada waktu itu, dan Apabila malam telah terlewati sesaat, maka biarkanlah mereka, Kuncilah pintu-pintu dan sebut nama Allah (membaca: Bismillah), kerana Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang terkunci. Tutuplah tempat tempat air kalian ( qirbah) dan sebutlah nama Allah. Tutuplah bejana bejana kalian dan sebutlah nama Allah, meskipun kalian meletakkan sesuatu yang melintang diatasnya. Dan padamkan lampu-lampumu kalian.” [288] Hadits Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari 10/88, Muslim 3/1595.

Penjelasan:

Hadis mengandungi berbagai kebaikan dan adab yang lengkap untuk kemaslahatan dunia dan akhirat. Maka dalam hal ini Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan beberapa adab yang semoga shalawat dan salam serta berakah senantiasa tercurah atas Nabi kita Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya sekalian.



2. Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja." (Muslim) 

Huraian :
1. Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.
2. Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya