Sabtu, 30 Mac 2013

Syarikat Prasarana kesal insiden maut pemandu kereta di tapak binaan


Syarikat Prasarana kesal insiden maut pemandu kereta di tapak binaan

KUALA LUMPUR 30 Mac - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) telah menghentikan kerja-kerja bagi penyambungan landasan transit aliran ringan (LRT) di Killometer 15 off Jalan Lapangan Terbang, Subang di sini berikutan kematian seorang pemandu kereta di sini malam tadi.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Pembangunan Projek Prasarana, Zulkifli Mohd. Yusoff berkata, syarikat itu kesal insiden membabitkan seorang pemandu maut dan penumpang kereta cedera apabila peralatan pembinaan di bahagian itu tiba-tiba menimpa kenderaan mereka pada kira-kira 7.30 malam.

"Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital. Kami kesal kemalangan yang terjadi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam bandar di Lembah Klang. - BERNAMA




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130330/dn_02/Syarikat-Prasarana-kesal-insiden-maut-pemandu-kereta-di-tapak-binaan#ixzz2OzSS31DR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan: