Isnin, 11 Mac 2013

Komander Musa antara 18 mayat pengganas


Monday, March 11, 2013
Lahad Datu: Komander Musa antara 18 mayat pengganas - Forensik
8:00:00 PM |



Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, telah menghantar wakil untuk bertemu kerajaan Filipina bagi membincangkan "pengunduran" pengikutnya daripada pertempuran bersenjata di Sabah.
Sementara itu Seorang daripada 16 mayat pengganas yang dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat hari ini disahkan ketua pengganas yang dikenali jeneral Haji Musa

LAHAD DATU — Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat, ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata, mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah, Supt. Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.— BERNAMA

Tiada ulasan: