Sabtu, 30 Mac 2013

Syarikat Prasarana kesal insiden maut pemandu kereta di tapak binaan


Syarikat Prasarana kesal insiden maut pemandu kereta di tapak binaan

KUALA LUMPUR 30 Mac - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) telah menghentikan kerja-kerja bagi penyambungan landasan transit aliran ringan (LRT) di Killometer 15 off Jalan Lapangan Terbang, Subang di sini berikutan kematian seorang pemandu kereta di sini malam tadi.

Pengarah Kumpulan Prasarana bagi Pembangunan Projek Prasarana, Zulkifli Mohd. Yusoff berkata, syarikat itu kesal insiden membabitkan seorang pemandu maut dan penumpang kereta cedera apabila peralatan pembinaan di bahagian itu tiba-tiba menimpa kenderaan mereka pada kira-kira 7.30 malam.

"Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital. Kami kesal kemalangan yang terjadi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan.

Projek itu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengangkutan awam bandar di Lembah Klang. - BERNAMA




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130330/dn_02/Syarikat-Prasarana-kesal-insiden-maut-pemandu-kereta-di-tapak-binaan#ixzz2OzSS31DR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 28 Mac 2013

Sifat Buruk Orang Melayu


 Sifat Buruk Orang Melayu Menurut Pandangan Frank Swettenham 

 a. Dalam karya yang terkenal, " Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang Melayu di zamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871, iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang Melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau. Bab tersebut diberi tajuk "The Real Malay". Naskah "Malay Sketches" ini dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang Melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun. 

 b. Dalam membicarakan perihal orang melayu, Frank Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk    membayar balik. 

2. Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga  dan mengumpat. 

3. Suka mempercayai hal yang karut marut. 

4. Orang Melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya. 

5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan sampai bila-bila. 

6. Orang Melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan. 

7. Orang Melayu tidak menghargai masa. 

8. Rumah orang Melayu kadang-kadang dilihat tidak kemas, malah kotor. 

9. Orang Melayu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. 

10. Orang Melayu suka mengamuk, lebih-lebih lagi wanita. 

11. Walaupun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan. 

12. Orang Melayu suka berpuak-puak. 

13. Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan. 

  KESIMPULAN: Sikap buruk ini walaupun tidak sedap dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada di antara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat Melayu kini. Senarai "buruk" ini harus menjadi pengajaran bagi orang Melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa Melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur.



                                                                 http://bit.ly/YPFNce

Rabu, 27 Mac 2013

Kisah Benar Murtadnya Hartina Kamaruddin




Cerita penuh murtadnya Hartina Kamaruddin | Sudah lebih 10 tahun Hartina Ka­maruddin meninggalkan keluarganya untuk mengikut suami, Rajeswaran ke Australia dan menetap di san. Kebim­bangan atas keselamatan anak menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berhijrah. Sejak itu saya tidak pernah dengar suaranya dan bersua muka. Saya sudah tidak ada perasaan langsung terhadapnya walaupun dia anak saya.


Perasaan rindu sudah tidak wujud lagi di dalam diri saya. Kalau kata sayang... saya lebih sayangkan Islam berbanding anak saya. Di dalam usia yang hampir mencecah 60, tidak ada apa lagi yang diharapkan, hanya menumpukan kepada ibadat dan mengukuhkan keimanan. Soal anak yang telah jauh perginya, biarkanlah itu takdir Tuhan. Bukannya tidak berusaha untuk memulihkannya, malah lebih daripada itu telah dilakukan. Dihina, dipukul, semuanya sudah dilalui namun inilah yang dikatakan takdir.


Setiap saat doa kami tidak per­nah berhenti agar dia kembali kepada Islam. Dan jauh di sudut hati ini dapat merasakan, dia akan kembali kepada kami dengan kepercayaan asalnya suatu hari nanti. Selagi Tina masih di dalam keadaan sekarang, saya tidak pernah terfikir untuk bertemu dengannya atau mengharapkan dia kembali.


Hati emak Tina, Kalsom Ghani memang sudah cukup keras untuk di­cairkan. Pujuklah apa saja, dia tidak akan berganjak dari keputusannya. Dia hanya akan mengaku anak setelah Tina memeluk Islam. Selagi masih memegang kepada kepercayaan baru dia tidak akan mengingati malah tidak mahu ambil tabu langsung tentang anak kesayangannya itu.


Dulu, Tina adalah anak yang paling disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Bayangkanlah jarak usia antara Tina dengan adiknya Azliza adalah enam tahun. Dia memang man­ja dan kami sayang sangat pada dia. Kini, dialah yang paling dibenci sekali sampaikan emaknya yang mengandung dan melahirkannya pun tidak mahu menyebut nama Tina.


Sudahlah saya tidak mahu fikir-fikir lagi tentang dia tapi jika dia kembali ke Malaysia dengan Islam, saya teri­manya dengan sepenuh hati. Bukan sedikit onar yang telah dibuat oleh Tina kepada keluarga. Dah banyak kesengsaraan yang ditanggung hanya untuk mempertahankan akidah.


Mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada 1996 memang amat menyakitkan. Namun digagahkan hati untuk bercerita sebagai teladan kepa­da ibu bapa yang lain. Kepercayaan saya pada Tina memang tidak pernah berbelah bagi apabila dia mendapat tawaran bekerja di bank di Jalan Klang lama, saya izinkan. Malah saya belikan dia sebuah rumah di Taman Sri Sento­sa, Jalan Klang Lama supaya dia tidak perlu menyewa. Setiap kali ada kesem­patan, saya dan isteri akan berkunjung ke rumahnya untuk melihat keperluan­nya.


Semuanya berjalan seperti biasa. Tina anak yang taat, sembahyang dan mengamalkan ajaran Islam sepenuh­nya. Tidak ada satu pun perlakuannya yang mencurigakan saya. Dia tetap macam dulu-dulu ketika masih tinggal dengan saya di Kampar. Cuma hubu­ngan jadi renggang sikit kerana ber­jauhan. Saya percaya penuh kepadanya dan tidak pernah terfikir pada perkara yang lain.


Pada suatu hari saya di datangi oleh seorang yang boleh dikatakan berpangkat, bertanyakan tentang Tina. Saya kenal lelaki itu adalah salah seorang yang berpengaruh juga di Perak berbangsa India. Ketika lelaki itu bertanya tentang Tina dan pernah terlihatnya di dalam satu majlis keagamaan, perasaan saya sudah tidak sedap. sebelum lelaki itu melangkah pergi, dia sempat ber­pesan supaya hati-hati dan tolonglah tengok-tengok sikit keadaan Tina di Kuala Lumpur. Ketika itu terasa berde­rau darah naik ke muka, perasaan jadi tidak menentu.


Sebenarnya seminggu sebelum lela­ki itu bertemu dengan saya, Tina ada pulang ke rumah iaitu pada hari raga. Kami sembahyang jemaah bersama­ sama, tidak ada perubahan. Setelah Tina kembali ke Kuala Lumpur baru­lah lelaki itu bertemu dengan saya untuk memberi klu bahawa ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku kepada Tina.


Selepas pertemuan dengan lelaki itu, saya terus mengambil keputusan bersa­ma isteri untuk ke Kuala Lumpur meli­hat keadaan Tina. Semasa saya sampai di rumahnya, dia tidak ada di rumah. Dengan menggunakan kunci pendua, saya masuk ke dalam rumahnya. Bila petang barulah Tina balik tapi bersama seorang lelaki berbangsa India. Selama ini saya tidak tahu pula ada lelaki tinggal dengan Tina. Lelaki itu kata Tina adalah isterinya, pelik pula bila masanya mereka menikah.


Kemudian Tina tunjukkan surat sumpah yang mengatakan bahawa dia sudah tidak mempraktikkan lagi aja­ran Islam dan telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran. Sijil pendaftaran menunjukkan, perkahwi­nan berlangsung pada 24 Mac 1996. Luluh hati saya mendengarkan pe­ngakuan itu. Bagaimana anak yang saya bela selama 21 tahun tiba-tiba mengambil keputusan sendiri menukar pegangan hidup.


Ketika kejadian itu. usia Tina 21 tahun seminggu. Bila saya membuat laporan di balai polis, mereka kata tidak boleh buat apa-apa kerana usia­nya sudah 21 tahun dan berhak untuk buat keputusan. Saya balik semula ke Kampar mencari surat beranak Tina tapi tidak ada. Barulah saya perasan, beberapa minggu sebelum itu, Tina pulang ke rumah kerana bercuti sela­ma seminggu. Mungkin ketika itu dia sedang menyiapkan segala dokumen untuk pertukaran nama.


Saya laporkan pada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tentang Tina. Semasa mereka mengadakan majlis kahwin di rumah Rajeswaran di Mam­bang Di Awan, JAIP datang menang­kap Tina.


Dengan takdir Tuhan, saya akhir­nya berjaya membawa keluar Tina lalu membawanya ke Kelantan.


Tujuan saya untuk mencari tempat perlindungan bagi Tina kerana setiap pergerakan saya sentiasa diekori. Saya rasa tidak selamat jika menyimpan Tina di Perak. Sampai di Kelantan, hati saya tidak dapat menahan marah. Saya pegang parang yang saya bawa dari Kampar. Kali ini saya memang nekad untuk menetak Tina sampai cacat. Saya bukan hendak membunuh tetapi hanya hendak mencacatkannya agar lelaki itu tidak mahu lagi kepada Tina.


Mujurlah isteri dan adik-adik sempat menyabarkan, saya sejuk kem­bali dan tidak jadi menetak Tina.


Selama 11 hari saya dan keluarga duduk menumpang di rumah seorang kenalan sementara mencari rumah perlindungan untuk memulihkan akhlak Tina. Setelah diberi air penawar dan berubat secara Islam, Tina kem­bali sembahyang. Bagaimanapun atas desakan kewangan dan masing-masing perlu bekerja, kami sepakat untuk ke Pulau Pinang, rumah adik ipar saya.


Adik ipar saya berjanji akan menjaga Tina. Saya memberi keizinan kera­na memikirkan Tina sudah berubah. Saya balik semula ke Kampar dan meneruskan perniagaan sate yang telah ditinggalkan sejak dua bulan lalu. Beberapa hari saja berada di bawah jag­aan adik ipar, Tina dilarikan lagi. Sejak hari itu saya tidak pernah bertemu lagi dengan Tina.


Saya masih cuba berusaha untuk kembalikan Tina kepada keluarga wa­laupun tidak tahu di mana dia tinggal. Saya terpaksa meminta adik sauda­ra yang berniaga, di Kuala Lumpur mengintip Tina untuk mengetahui tempat tinggalnya. Setelah pasti dimana dia tinggal, saya melaporkannya pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menangkapnya pada 1998 kerana lelaki itu telah menggu­gat akidah anak saya. Polls dan JAIS menetapkan 15 September 1996 untuk menyerbu rumah tersebut.


Bila nampak kami datang lelaki itu terus bawa Tina ke bilik dan me­nguncinya. Lelaki itu tidak berganjak dari pintu bilik itu. Berkali-kali saya memohon dan merayu kepada lelaki itu dan mengizinkan dia mengambil Tina asalkan dia terlebih dahulu memeluk Islam.


Sebaliknya saya pula yang dimaki hamun, lelaki itu menghina dan me­ngutuk Islam dengan perkataan yang lucah. Malah dia mencabar saya bawa kes itu sampai kepada kerajaan. Dia kata kerajaan tidak akan mampu mem­bantu saya. Ketika itu perasan marah saya sampai ke penghujungnya. Saya capai pisau pemotong buah di atas meja dan terus saya kelar leher lelaki itu. Saya ingatkan jika mati lelaki itu anak saya akan kembali kepada saya. Ini kerana yang menjadi penghalang besar adalah lelaki itu.


Saya kena gari dan ditahan di lokap selama seminggu. Kemudian saya dibe­baskan tanpa lepas dengan ikat jamin. Peluang saya untuk berjumpa dengan Tina sudah tidak ada lagi. Saya pelik bagaimana Tina masih boleh diam melihat saya merayu-rayu. Kalau dia tidak sayangkan saya tidak mengapa tapi tolonglah kasihan kepada emaknya yang mengandung dan melahirkannya.


Lagi satu yang saya pelik, Tina telah menukar kembali namanya kepada nama hindu. Kali pertama dia menu­kar namanya pada 30 September 1995, kemudian saya menukarkannya kepada Islam ketika berada di Kelantan pada 30 April 1996. Tetapi dia menukar kembali namanya pada 27 Mei tahun yang sama. Bayangkan bertapa pantas mereka buat kerja dalam masa dua minggu dari tarikh dia melarikan diri dari rumah bapa saudaranya pada 9 Mei.


Setelah gagal dengan semua usaha itu saya kembali ke Kampar dan mula­kan hidup baru, menyambung pernia­gaan. Selang beberapa bulan, ketika saya sedang bersiap-siap untuk memulakan perniagaan, Tina dan lelaki itu datang ke gerai berhampiran untuk minum. Perasaan saya ketika itu bagai­kan dibakar melihat Tina, saya hilang pertimbangan sekali lagi.


Apa tujuan mereka datang susah­ susah sekadar untuk minum berham­piran kedai saya dari Kuala Lumpur. Saya tahu mereka memang hendak menunjuk-nunjuk bahawa mereka kuat dan menang. Saya pergi dapat­kan Tina untuk memujuknya kembali. Sebaliknya lelaki itu terus menyerang saya, melihatkan kejadian itu anak bongsu saya Syukur Yazit mengambil parang dan menetak kepala lelaki itu. Tina hanya tunduk saja melihat saya ditendang terajang oleh lelaki itu dan kawan-kawannya.


Selama sebulan saya terlantar di hospital kerana tulang rahang retak dan terpaksa menjalani pembedahan untuk mengikat kembali tulang tersebut. Di dalam tempoh itu juga saya langsung tidak boleh makan nasi hanya minum susu saja. Sepanjang saya duduk di hospital rupanya Tina telah membuat laporan polis bahawa saya menyerang­nya. Sampai hati Tina melakukan itu pada saya. Selepas keluar dari hospital saya terus ditahan di lokap selama lapan hari. Kemudian saya dibebaskan dengan ikat jamin.


Selepas peristiwa itu saya hanya duduk di rumah kerana keadaan kesi­hatan pun tidak mengizinkan. Selepasbeberapa bulan berehat saya dipang­gil semula ke balai, kali ini saya tidak faham atas alasan apa. Rupanya polis mendapat laporan bahawa Rajeswaran ditembak dua das di leher dari jarak dekat semasa pulang dari kerja. Saya adalah orang yang paling disyaki.


Saya minta izin balik dulu ke rumah salin baju sebelum ditahan di lokap. Semasa hendak ke balai polis isteri dan anak saya ada menemani. Rupanya bukan saya saja yang ditahan Yazit pun terlibat sama ketika menghantar saya ke balai, dan isteri saya pun disoal siasat. Dari balai polis Kampar saya dibawa ke Kuala Lumpur oleh tiga orang pegawai polis bangsa India.


Semasa di dalam kereta memang teruklah saya dikerjakan dan pelbagai penghinaan dilemparkan. Kebetulan ketika itu saya baru balik dari umrah, saya adalah simpan janggut sikit. Jang­gut saya ditarik, kemudian diperlekeh­kan menghina Islam. Macam-macam kata-kata kesat yang mencerca Islam dilemparkan tetapi saya tetap berdiam diri kerana tidak mahu terjadi perkara buruk.


Saya ditahan lagi selama seminggu, setelah tidak ada bukti saya dilepas­kan. Semasa ditahan semua akaun saya diperiksa untuk melihat jika ada aliran wang keluar yang mencurigakan tapi tidak ada kerana memang saya tidak buat. Sampai hari ini saya tidak tahu siapa yang menembak Rajeswaran dan untuk tujuan apa?


Setelah 14 tahun berlalu peristiwa itu masih segar di dalam ingatan. Kalau dia tidak balik sekali pun tidak menga­pa kami sekeluarga sudah tidak kisah. Kami sudah buang semua kenangan dengannya, hati emaknya cukup keras untuk menerima Tina kembali.


Tina pernah telefon adik ipar saya di Pulau Pinang untuk bercakap de­ngan emaknya. Tapi hati emak yang sudah terluka tidak mahu langsung mendengar suara anak walaupun yang sangat disayangi. Dia tidak mahu ambit tahu langsung tentang anaknya walau­pun untuk menyebut namanya. Malah gambar-gambar Tina pun tidak mahu disimpan.

WAJAH SALAH SEORANG DARI KETURUNAN RASULULLAH SAW

-PUTIH KEMERAH2AN...KETURUNAN RASULULLAH SAW..SAYYID YUSUF JAMIL HALIM AL-HUSAINI,ANAK ULAMAK MADINAH AL-MUNAWWARAH KETIKA MEMAKAI IHRAM,SEDANG BERADA DI BIR ALI TEMPAT MIQAT DI MADINAH...:)

DUNIA SEMAKIN TUA....




KIAMAT BESAR TELAH SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA.TANDA-TANDA YANG RASULULLAH BERIKAN TELAH BANYAK TERJADI DIMASA KINI 

 Hadis Rasulullah S.A.W Tentang tanda-tanda Akhir Zaman Ialah : Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari* Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a* Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah* Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim* Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad* Orang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad* Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim* Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.

Isnin, 25 Mac 2013

PERGINYA TAK KAN KEMBALI....



AlFatihah.... buat Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman el-Muhammady Felo Akademik Kehormat, Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 1426 Hijrah .. yang baru meninggal dunia sebentar tadi. Semoga segala kebaikannya dan kebajikannya diwaktu hidup menjadi penolong kepadanya di alam barzakh.

 Sabda Rasulullah s.a.w:

 عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم 

 Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)

Sabtu, 23 Mac 2013

Ribut: 120 rumah rosak


Ribut: 120 rumah rosak



MAH Siew Keong (kanan) meninjau rumah Halim Hassan (tengah) yang rosak akibat ribut di kawasan Perumahan Awam Padang Tembak, Teluk Intan, Perak semalam.

TELUK INTAN 22 Mac - Sekurang-kurangnya 120 buah rumah di sekitar Perumahan Awam Padang Tembak di sini, rosak teruk akibat dipukul ribut kencang petang semalam, yang disifatkan paling buruk pernah berlaku di situ.
Kejadian hampir lima minit pada pukul 5.30 petang itu turut mencetuskan suasana cemas dengan penduduk bertempiaran melarikan diri selepas bumbung rumah mereka diterbangkan angin.
Selain itu, ribut yang turut disusuli hujan lebat menyebabkan penduduk kerugian harta benda apabila hujan mencurah masuk ke dalam rumah mereka.
Para peniaga gerai Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pula mengalami kerugian apabila gerai mereka musnah dipukul ribut manakala barang jualan banyak yang rosak


Artikel Penuhhttp://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130323/wu_01/Ribut-120-rumah-rosak#ixzz2OKQdf9g5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 21 Mac 2013

Danish Optik


Hargailah kurnian Tuhan yang memberi kita dapat menikmati pandangan yang indah ciptaannya dengan menjaga kesihatan mata kita sebaik mungkin..Dan janganlah dicemarkan dia dengan pandangan mata-mata mu yang melihat kepada arah yang mendatangkan kemungkaranNYA...(MENGELAKKAN PENCEMARAN MINDA).



Sempat ke...habiskan hukuman?


Cuba bunuh polis: Rambo Bentong dihukum penjara 18 tahun

RAUB 21 Mac - Rambo Bentong, yang sebelum ini dihukum penjara 115 tahun dan 50 sebatan bagi kesalahan merogol serta seks luar tabii, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun lagi, kali ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis.

Hakim Mahkamah Sesyen Shahrizat Ismail menjatuhkan hukuman selepas tertuduh atau nama sebenarnya, Rabidin Satir, 42, mengaku menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan sebilah parang di sebuah rumah bernombor 43 di Taman Shahbandar Husin, Bentong pada kira-kira 6 petang, 14 Nov 2012.

Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun.

Dalam penghakimannya, Shahrizat berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh ketika anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong itu cuba menahannya adalah serius dan boleh menyebabkan kematian.

Beliau kemudian memerintahkan hukuman bagi kesalahan itu dilaksana selepas Rabidin selesai menjalani hukuman penjara 115 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Shahrir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 5 Februari lepas, Rabidin dihukum penjara dan sebat selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Raub terhadap empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan bagi setiap kesalahan merogol dan penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi kesalahan melakukan seks luar tabii.

Murtazadi memerintahkan Rabidin menjalani hukuman itu secara berturut-turut mulai tarikh dia ditangkap pada 14 November lepas.

Semalam, Mahkamah Majistret Bentong memindahkan kes Rabidin yang berdepan pertuduhan membunuh seorang gadis berusia 17 tahun ke Mahkamah Tinggi Temerloh.

Rabidin didakwa membunuh Annie Kok Yin Chen di Lot 4168 Kampung Ketari, Bentong antara 11.30 malam 7 Mac 2009 dan 1.50 petang 8 Mac 2009. - BERNAMA



Rabu, 20 Mac 2013

MILF tolak tuntutan Nur Misuari ke atas Sabah


MILF tolak tuntutan Nur Misuari ke atas Sabah

KUALA LUMPUR 20 Mac - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.
Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan palsu semata-mata.
"Misuari melakukan dosa berat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan cuai terhadap MILF dan kerajaan Malaysia," beliau disebut sebagai berkata oleh Pusat Berita Luwaran.
Serangan lisan terbaru Misuari itu disiarkan oleh Al-Jazeera, YouTube dan beberapa media arus perdana Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Ameen mengingatkan Misuari bahawa Malaysialah yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
"Bagaimana pula boleh menggunakan MILF bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun menjadi sebahagian daripada agenda rundingan damai sejak 2001?" kata Ameen.
Ameen turut memberitahu Misuari bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan diri untuk mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 2001 yang meminta Malaysia bertindak sebagai orang tengah antara dua pihak berkenaan setelah rundingan diadakan semula, selepas Presiden Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada tahun 2000.
Presiden Arroyo, dalam lawatan luar negaranya yang pertama sejak menjadi presiden selepas penggulingan Presiden Estrada, telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk secara rasmi meminta Malaysia mengatur rundingan damai GPH-MILF.
"Malaysia setakat memberi respon ikhlas terhadap permintaan jiran yang baik," jelas beliau.
Ameen juga mempersoal niat Misuari yang begitu beria-ia menyokong tuntutan Sabah sekarang sedangkan beliau tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang 21 tahun rundingan damainya dengan kerajaan Filipina.
Sementara Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada tuntutan Sabah. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130320/dn_57/MILF-tolak-tuntutan-Nur-Misuari-ke-atas-Sabah#ixzz2O5reZbO5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PingJe.org - Laman Perkongsian Artikel Blogger Malaysia!

PingJe.org - Laman Perkongsian Artikel Blogger Malaysia!
http://3.bp.blogspot.com/-LSKqwcO0dcw/UUmsSIBonLI/AAAAAAAABlg/xfy1-g8moPA/s72-c/P1040521.JPG

DANISH OPTIK/pengusaha kedai CERMIN MATA anak MELAYU


Di DANISH OPTIK kami ada menyediakan beberapa harga DISKAUN % untuk Program Tajaan Ke Arah Berkebajikkan Anda..bagi keberkatan bersama2....






PingJe.org - Anda Ketagih Internet?

PingJe.org - Anda Ketagih Internet?

Selasa, 19 Mac 2013

Raja Nazrin Murka


 
 
 
 
 
 

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat pihak tertentu yang memanipulasi dan mengolah semula kandungan titah baginda bagi menggambarkan seolah-olah baginda menyokong secara terbuka kumpulan politik tertentu dan pada masa yang sama memperkecilkan kumpulan politik lain.
Baginda bertitah perbuatan itu memberi gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan sebahagian rakyat.
"Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah," titah baginda.
Baginda bertitah pada Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-85 Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Raja Nazrin bertitah institusi Raja dan takhta pada setiap masa wajib berada di atas politik kepartian, memisah dan menjauhkan diri daripada terlibat secara langsung dalam urusan dan kegiatan politik kepartian.
"Takhta pemerintahan wajib terus dipelihara berpendirian berkecuali, berada di atas politik kepartian agar dapat berperanan secara saksama sebagai payung negeri serta dapat diterima tanpa ragu sebagai institusi penyatuan dalam kepelbagaian, terutama untuk menangani sebarang pertentangan dan pertelagahan yang berlaku di kalangan rakyat," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah raja pemerintah mempunyai tanggungjawab luas dalam memastikan bahawa semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang digubal serta kepentingan lebih besar negara dan rakyat perlu sentiasa dilindungi.
"Pada pertengahan abad kesembilan belas, Walter Bagehot memperkenalkan konsep triniti klasik, dengan menggariskan bahawa Raja Berperlembagaan memiliki tiga hak; pertama: hak untuk dirunding, kedua: hak untuk memberi nasihat, ketiga: hak untuk memberi peringatan," titah baginda.
Raja Nazrin bertitah mengambil pedoman daripada konsep itu, baginda melalui sesi tertutup atau terbuka, dalam perbincangan atau melalui titah, telah dari semasa ke semasa menzahirkan kupasan dan ulasan berbentuk nasihat dan pandangan, galakan dan dorongan serta peringatan dan teguran, secara umum dan menyeluruh terhadap perkara menyentuh kepentingan rakyat.
Titah baginda perkara itu dilakukan bagi penambahbaikan pelbagai jabatan, agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak swasta serta pertubuhan sukarela, kebajikan dan sukan.
"Dari masa ke masa Beta menzahirkan ulasan menyentuh perkara-perkara berkaitan agama Islam, perpaduan warga, keselamatan negara, pembangunan sosio-ekonomi, kewangan, pendidikan, kebebasan kehakiman, penyalahgunaan kuasa, rasuah, urus tadbir yang cekap lagi telus dan pelbagai subjek lagi, atas hasrat untuk memastikan bahawa negara terus kukuh dan aman serta terus sejahtera dan makmur," titah baginda.
Institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa, titah baginda.
Sebenarnya, titah Raja Nazrin, kehadiran Raja bagi membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuh cabang eksekutif, perundangan dan kehakiman dalam negara.
"Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan serta berperanan mengukuh dan mengekalkan amalan demokrasi agar dapat ditingkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan berteraskan amalan demokrasi dan berpandukan doktrin pemisahan kuasa.
"Raja memerintah dan tidak mentadbir. Raja berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian. Dengan berada di strata yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan," titah baginda.
Raja Nazrin turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mencemarkan adat resam dan budaya bangsa dalam keghairahan mendapat sokongan politik menjelang pilihan raya umum ke-13 ini.
Dalam keadaan negara yang sedang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk pencerobohan yang berlaku di Sabah, baginda mengingatkan kumpulan politik dan rakyat supaya tidak melakukan perkara yang menambah beban kerja pasukan keselamatan.
"Keamanan dan ketenteraman negara adalah tanggungjawab bersama. Hormatilah undang-undang dan peraturan yang ada, bertindaklah secara berhemah dan beretika dan berhentilah dari melakukan manipulasi hingga ke peringkat mencemar kemuliaan takhta pemerintahan," titah baginda.
Pada istiadat berkenaan, Raja Nazrin turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Tabung Ops Daulat daripada Yayasan Sultan Azlan Shah.
"Di samping itu, ahli-ahli Dewan Negara Perak semasa mesyuarat yang berlangsung pada 12 Mac lalu, setiap seorang telah bersetuju menghulurkan sumbangan RM500 kepada tabung yang sama," titah baginda. - BERNAMA

Isnin, 18 Mac 2013

SURAH YASIN (terjemahannya)





Ya Sin


Yaa, Siin.


Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,



Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,



Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).



Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,



Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.



Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.



Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.



Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).



Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya – mereka tidak akan beriman.




Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.


Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.



Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),



Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu ‘.



Penduduk bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”.



Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,



“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.



Penduduk bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.



Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau”.



Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -



“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.



Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?



“Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.



“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.



“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.



(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -



“Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan”.



Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.



(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.



Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.



Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).



Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).



Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.



Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,



Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?



Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.



Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;



Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;



Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.



(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.



Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;



Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.



Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -



Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.



Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat”, (mereka tidak mengindahkannya).



Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).



Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.



Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”,



Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).



Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.



Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.



(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,



Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).



Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.



Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;



Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;



Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;



(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.



Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).



“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!



“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.



“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?



“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).



“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”



Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.



(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?



(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.



Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?



(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;



Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.



Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?



Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.



Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?



Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).



Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.



Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.



Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),



Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”



Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);



“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”.



Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.



Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.



Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Ahad, 17 Mac 2013

Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran




Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.


Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.
Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya.


Jumaat, 15 Mac 2013

JANGAN SUJUD MACAM ANJING...!


JANGAN SUJUD SEPERI ANJING,HARAM SUJUD SEPERTI ANJING


RASULULLAH صلى الله عليه وسلم BERSABDA:

اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ ، وَلاَ يَبْسُطْ أَحَدُكُمْ ذِرَاعَيْهِ انْبِسَاطَ الْكَلْبِ

“Luruslah dalam sujud, dan janganlah salah seorang kamu membentangkan kedua hastanya seperti bentangan anjing”.
(Muttafaq ‘Alaih)
Berkata Syaikh Nashiruddin Albani رحمه الله dalam “mukhtashar sifatus shalah”:
“Wajib atasnya lurus dalam sujudnya, yaitu bertumpu dengan rata kepada seluruh anggota sujud; kening dan hidung, dua telapak tangan, dua lutut, dan dua ujung kaki, dan orang yang lurus dalam sujudnya dapat dipastikan akan tenang dan tenang termasuk “rukun” (shalat).”
Beliau menjelaskan: “Dan (seorang yang sujud) wajib mengangkat kedua hastanya dari bumi, dan tidak membentangkannya seperti bentangan anjing ( meletakkan kedua hastanya ke bumi).”
Syaikh Bin Bazz رحمه الله berkata dalam “rissalah shalatnya”:
“(Serang yang sujud) merenggangkan kedua lengan atasnya dari dua sisi lambungnya, dan perut (direnggangkan) dari dua pahanya, dan kedua paha (direnggangkan) dari dua betisnya, serta mengangkat kedua hastanya dari bumi…”.
Berkata Ahli Tafsir:
“Anjing membentangkan kedua hastanya lalu meletakkan mukanya diatas kedua hasta itu.” (Tafsir lubab fi ‘ulumil kitab).

Isnin, 11 Mac 2013

Komander Musa antara 18 mayat pengganas


Monday, March 11, 2013
Lahad Datu: Komander Musa antara 18 mayat pengganas - Forensik
8:00:00 PM |



Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, telah menghantar wakil untuk bertemu kerajaan Filipina bagi membincangkan "pengunduran" pengikutnya daripada pertempuran bersenjata di Sabah.
Sementara itu Seorang daripada 16 mayat pengganas yang dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat hari ini disahkan ketua pengganas yang dikenali jeneral Haji Musa

LAHAD DATU — Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat, ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata, mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah, Supt. Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.— BERNAMA