Jumaat, 10 Mei 2013

Penyokong pembangkang cuba libatkan Sultan Mizan


KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang penyokong pembangkang bertindak biadab apabila turut mengheret nama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kononnya baginda juga tidak mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Blog mymassa.blogspot.com mendedahkan, individu bernama Tan Ban Hwa telah memuatkan gambar Sultan Mizan dalam akaun Facbook miliknya yang disertakan dengan gambar-gambar sekitar perhimpunan di Stadium Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya malam kelmarin.

Di celah-celah gambar sekitar perhimpunan tersebut, Ban Hwa menyelitkan gambar Sultan Mizan yang berlatar belakang warna kuning dengan tulisan-tulisan Cina serta terjemahan bahasa Melayu berbunyi: "Sultan Mizan tidak terima keputusan pilihan raya!!!" - UTUSAN ONLINE