Jumaat, 10 Mei 2013

Kesalahan pilihan raya: Pendakwaan diteruskan


PUTRAJAYA 10 Mei - Jabatan Peguam Negara (AGC) meningkatkan pendakwaan terhadap individu-individu yang melakukan pelbagai kesalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menghadapkan 13 orang awam ke Mahkamah Majistret berasingan, Isnin ini.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaaan (Operasi) jabatan itu, Datuk Mohammad Hanafiah Zakaria berkata, kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan ketika tempoh berkempen dan pada hari pengundian, Ahad lalu.


Sementara itu, Pegawai Tadbir dan Diplomatik jabatan tersebut, Asmawar Samat menyatakan sehingga semalam, sebanyak 70 kes berkaitan pilihan raya telah didakwa di mahkamah seluruh negara melibatkan 95 individu.


Beliau yang merupakan penulis media AGC dalam kenyataannya memaklumkan, kesalahan-kesalahan itu di bawah Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Akta Bahan Letupan 1957 serta Akta Pilihan Raya 1954. - UTUSAN ONLINE