Rabu, 1 Mei 2013

Bekas pemain kebangsaan Yahya Jusoh meninggal dunia


KUALA TERENGGANU 1 Mei - Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Yahya Jusoh, 61, meninggal dunia akibat kanser prostat selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini kira-kira pukul 4.50 petang semalam.

Menurut anak ketiga Allahyarham, Hazim Yatimi, 26, sebelum dimasukkan ke hospital, bapanya pernah mengadu sakit selepas mengalami demam beberapa hari yang lalu.

Allahyarham yang juga bekas tonggak pertahanan Terengganu pada era 1970-an dan 1980-an dijangka disemadikan kira-kira pukul 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Batu Buruk di sini.