Khamis, 30 Mei 2013

ISMA kecewa KENYATAAN Nik Aziz


KUALA LUMPUR: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kecewa dengan kenyataan MUrsyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkeras tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan UMNO selagi beliau masih hidup.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata Nik Aziz sepatutnya memikirkan kepentingan ummah dan tidak sepatutnya terus berkeras dengan pendiriannya itu.

"Menolak usaha perpaduan dikalangan ummah sangat tidak wajar dan merupakan pendirian yang tidak berpihak kepada kepentingan ummah secara keseluruhan.

"Nik Aziz sepatutnya lebih mementingkan perpaduan ummah berbanding kepentingan politik beliau kerana usaha perpaduan dan penyatuan merupakan usul yang terdapat dalam ajaran Islam," katanya kepada Astro Awani.

Beliau berharap supaya bekas Menteri Besar Kelantan itu melihat semula pandangannya itu dan bersama-sama menjadikan hasrat untuk melihat penyatuan ummah menerusi kerjasama PAS dan UMNO berjaya.

Abdullah Zaik menjelaskan pihaknya juga bersedia menjadi orang tengah untuk memastikan usaha kerjasama antara PAS dan UMNO berjaya dan bersedia memberi penerangan kepada masyarakat kepentingan penyatuan ummah yang harus bermula dengan kerjasama antara dua parti terbesar orang Melayu itu.

Harakahdaily dalam laporannya menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan UMNO apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan UMNO dilakukan,” katanya.

Nik Aziz berkata UMNO sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan UMNO dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Ini bukan kali pertama, Nik Aziz membuat kenyataan menolak sebarang usaha untuk PAS dan UMNO bekerjasama. Sebelum ini pada tahun 2009, Nik Aziz pernah mencadangkan satu muktamar khas diadakan untuk membincangkan usaha kerjasama dengan UMNO yang didakwa diusahakan oleh bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Md Isa dan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, datuk Dr Hassan Ali.

Bagaimanapun muktamar khas itu tidak diadakan sebaliknya PAS hanya mengadakan konvensyen khas untuk membincangkan perkara tersebut.

Usaha untuk kerjasama antara PAS dan UMNO dikatakan telah bermula beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Usaha tersebut dibuat ekoran ada pihak merasakan kedudukan orang Melayu terancam selepas berlaku apa yang dinamakan tsunami politik ketika itu.

Namun usaha itu tidak mendapat persetujuan badan tertinggi PAS iaitu muktamar tahunannya yang jelas menolak kerjasama PAS dan UMNO.



Jumaat, 24 Mei 2013

Gambar "BLACKOUT" masa pengiraan undi PRU13 adalah fitnah.




KUALA LUMPUR: Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi uk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

"Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya.



Khamis, 23 Mei 2013

Tian Chua dan Haris Ibrahim,Ditahan Polis

Ahli Parlimen Batu,Tian Chua serta aktivis politik...Haris Ibrahim telah ditahan Polis untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berkenanan dengan Perhimpunan 505 yang dianjurkan oleh parti pembangkang.

Tian Chua dithan di Terminal Tambang Murah (LLCT) Di Sepang lebih kurang jam 12.50 tengahari tadi.Sementara Haris Ibrahim pula ditahan di Segambut ketika baru hendak menjamu hidangan tengahari.

Selasa, 21 Mei 2013

MAS sahkan Maryam Sofea sihat


KUALA LUMPUR 20 Mei - Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, yang dilarang menaiki pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke Malaysia bersama ibunya, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, kerana didakwa menghidap demam campak disahkan sihat oleh seorang doktor tempatan di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, sejurus mendapat maklumat mengenai mereka daripada Tourism Malaysia, kakitangan MAS di sana terus membawa kedua-dua beranak itu dari hotel tempat mereka menginap ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu tidak lagi menghidap demam campak seperti didakwa kakitangan AirAsia dan tompokan hitam di kulitnya hanya parut yang sudah kering.

"Sejurus selepas itu, kakitangan MAS menyediakan dokumen perjalanan untuk Maryam Sofea, ibunya dan dua lagi saudara mereka.

"Mereka terus dihantar pulang ke Malaysia dengan penerbangan MH759 dari Ho Chi Minh bagi mengelak menanggung lebih banyak kos di sana," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penjelasan itu sekali gus menyangkal kenyataan AirAsia yang dimuat naik di laman Facebook semalam bahawa doktor yang bertugas di lapangan terbang tersebut mengisytiharkan Maryam Sofea tidak sihat.

Insiden malang yang menimpa kedua-dua beranak itu yang dilarang kakitangan AirAsia menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam, Sabtu lalu didedahkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com.

Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Melalui pengamatan saya dan keluarga Izan, tiada doktor Vietnam membuat pemeriksaan terhadap Maryam Sofea di sekitar pintu 18 lapangan terbang. Hanya jururawat ditugaskan mengambil bacaan suhu badan bayi itu. Ditanya oleh ahli keluarga mengenai bacaan suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit, jururawat warga asing itu hanya membisu."

Menurut Ahmad Jauhari, keupayaan pasukannya bertindak walaupun di luar waktu bertugas menunjukkan keprihatinan dan keutamaan mereka terhadap keselamatan penumpang.

"Mereka telah mempamerkan semangat sebenar kasih sayang dan empati tanpa melanggar mana-mana peraturan atau prosedur.

"Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan MAS dan Tourism Malaysia yang terlibat secara langsung dalam kes ini," katanya.




Pusat peruntuk RM69 juta bangun syiar Islam di Kelantan


KOTA BHARU 21 Mei - Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM69 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan syiar Islam di negeri ini pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) itu adalah untuk perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan.

Menurut beliau, pihaknya berharap kerjasama yang baik di antara Kerajaan Pusat dan negeri akan diteruskan bagi membantu menyelaraskan aktiviti keagamaan di negeri ini.

"Saya datang hari ini bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan agama dalam erti kata tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan agama Islam ke arah memupuk semangat kesepaduan bersama dalam melaksanakan aktiviti keagamaan.

"Pada pertemuan ini, saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.

"Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pegawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan, dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Mengulas mengenai Sekolah Agama Rakyat (SAR) Jamil Khir berkata, pihaknya mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan ingin mendaftarkan sekolah tersebut dengan Kementerian Pelajaran di bawah program Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). - UTUSAN




Ahad, 19 Mei 2013

Nikah Muta'ah Di Mata Islam........

Siapa kata sembang-sembang kosong di kedai kopi,semata-mata sembang yang tiada mendatangkan apa-apa ilmu yang menafaat...... Hari ni GoLoKEmas dapat satu pengetahuan yang sebalum ini tidak pernah pun GoLoKEmas tahu ada cara nikah yang sebegini.....

Artikal ini cumalah untuk bahan bacaan dan pengetahuan GoLoKEmas,Kalau ada siapa-siapa yang nak baca dan untuk menambah pengetahuan tentang Islam....tidak salah kalau nak share bersama.....





Apa itu Nikah Mut'ah?

Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Mazhab Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak-anak mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.

Cara Nikah Mut'ah

Caranya semudah makan kacang. Tak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi. Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah. Tanpa mengambil peduli samada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.

Mereka mengikat tali perkahwinan untuk jangka masa tertentu samada setahun, sebulan, seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikan tersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu melafazkan cerai. Jika isteri hamil atau mendapat anak, semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.

Setelah tamat tempoh, jika dia mahu 'berkahwin' semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Dengan Nikah Mut'ah, anda boleh ber'poligami' lebih dari sejuta jika mahu.

Hukum Nikah Mut'ah

Pada zaman awal Islam, Rasulullah membenarkah Nikah Mut’ah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman Jahilliyah ketika itu. Kemudian ianya diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan Nikah Mut’ah secara mutlak sehingga hari kiamat. Justeru, hukum muktamad Nikah Mut’ah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan Islam dari semua Mazhab baik Syafi’e, Hambali, Maliki dan Hanafi.

Dalil Pengharaman

Dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata : "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah s.w.t telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat (Shahih Muslim II/1024).

Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahawa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).

Kesimpulan

Jika dilihat pada cara perlaksanaannya, Nikah Mut'ah sememangnya nampak mudah dan menyeronokkan. Nikah Mut’ah tidak ubah seperti mahu menghalalkan zina dan pergaulan bebas. Merupakan satu bentuk penghinaan dan penindasan terhadap kaum wanita. Seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap mereka sebagai tempat memuaskan nafsu semata-mata. Wanita diperlakukan tidak ubah seperti barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran. Sedangkan di dalam Islam, kaum wanita diangkat tinggi darjatnya.

Selain terdedah kepada bahaya penyakit hasil seks bebas, ia turut memberi implikasi besar terhadap zuriat keturunan. Cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya. Dalam sistem Mut'ah, anak bukanlah tanggungjawab suami. Tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.

Disebabkan itu, Nikah Mut'ah sememangnya wajar diharamkan.

Sabtu, 18 Mei 2013

9 EXCO PERAK ANGKAT SUMPAH JAWATAN


KUALA KANGSAR 18 Mei - Seramai sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini pada pukul 10 pagi.

Portfolio bagi kesemua Exco terbabit dijangka diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu sidang akhbar sebentar lagi.

Enam daripada mereka merupakan muka baharu termasukseorang bekas Exco tahun 2004 iaitu Datuk Rusnah Kassim. - UTUSAN ONLINE




Rabu, 15 Mei 2013

SENARAI KABINET BAHARU



Berikut adalah senarai Kabinet baharu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya sebentar tadi.

Perdana Menteri/Menteri Kewangan I

Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Pelajaran I

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Datuk Seri Abdul Wahid Omar

Datuk Seri Idris Jala

Tan Sri Joseph Kurup

Datuk Seri Shahidan Kassim

Nancy Shukri

Menteri Pertahanan

Datuk Seri Hishamuddin Hussein Tun Hussein

Menteri Kewangan II

Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Pelajaran II

Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Kerja Raya

Datuk Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan (memangku)

Datuk Seri Hishamuddin Hussein Tun Hussein

Menteri Dalam Negeri

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar

Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

Datuk Hassan Malek

Menteri Antarabangsa dan Industri

Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Komunikasi dan Muktimedia

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Belia dan Sukan

Khairy Jamaluddin

Menteri Sumber Manusia

Datuk Richard Riot Jaem

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Menteri Kesihatan

Datuk Dr. S.Subramaniam

Menteri kesejahtreaan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Abdul Rahman Dahlan

Menteri Wilayah Persekutuan

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air

Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili

Menteri Pertanian

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Pelancongan

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Datuk Dr Ewon Ebin

Menteri Sumber Asli sumber asli

Datuk Seri G. Palanivel

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Rohani Abdul Karim





Selasa, 14 Mei 2013

https://mjdzulkifong.wordpress.com/wp-admin/..Ini lg satu alamat laman web yang aku baru jer ceburi,hehehe..... semua nk cuba.bukan pndai sgt pn dlm bidang IT ni.Tak salah kalau nak belajar kan? Harap-harap ada kawan-kawan yang nak bantu aku supaya lebih banyak mendapat ilmu dalam bidang IT ni.Dah tua-tua baru nak belajar,rasa malu la juga..tetapi tak apalah....dulu zaman muda-muda aku,mana ada lagi kemudahan macam ni.tul tak? Sementara masih ada akal yang segar bugar ni lagi....aku nak juga belajar apa-apa yang boleh mendatangkan ilmu.'ilmu ni tiada sempadan",dari perut Ibu,hingga ke liang lahat...ilmu diajarkan dan dipelajari.Kata orang dulu-dulu...Carilah ILMU sehingga ke Negara China.Pernah dengar tak ungkapan-unkapan macam tu.....? kalau nak tau pasal apa orang dulu-dulu cakap macam tu...kena la cari sendiri.........kahkahkah

Jumaat, 10 Mei 2013

Kesalahan pilihan raya: Pendakwaan diteruskan


PUTRAJAYA 10 Mei - Jabatan Peguam Negara (AGC) meningkatkan pendakwaan terhadap individu-individu yang melakukan pelbagai kesalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menghadapkan 13 orang awam ke Mahkamah Majistret berasingan, Isnin ini.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaaan (Operasi) jabatan itu, Datuk Mohammad Hanafiah Zakaria berkata, kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan ketika tempoh berkempen dan pada hari pengundian, Ahad lalu.


Sementara itu, Pegawai Tadbir dan Diplomatik jabatan tersebut, Asmawar Samat menyatakan sehingga semalam, sebanyak 70 kes berkaitan pilihan raya telah didakwa di mahkamah seluruh negara melibatkan 95 individu.


Beliau yang merupakan penulis media AGC dalam kenyataannya memaklumkan, kesalahan-kesalahan itu di bawah Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Akta Bahan Letupan 1957 serta Akta Pilihan Raya 1954. - UTUSAN ONLINE




Tiada perjanjian MB Selangor mesti daripada PKR - Pemuda Pas


SHAH ALAM 10 Mei - Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan Menteri Besar Selangor mesti diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya, Mohd. Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu "cermin diri dan sedar diri" sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda Pas negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri di) Selangor melebihi Pas dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada pilihan raya umum Ahad lepas, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi DUN.

Mohd. Sany berharap, pemimpin pakatan pembangkang Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu. - BERNAMA




Penyokong pembangkang cuba libatkan Sultan Mizan


KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang penyokong pembangkang bertindak biadab apabila turut mengheret nama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kononnya baginda juga tidak mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Blog mymassa.blogspot.com mendedahkan, individu bernama Tan Ban Hwa telah memuatkan gambar Sultan Mizan dalam akaun Facbook miliknya yang disertakan dengan gambar-gambar sekitar perhimpunan di Stadium Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya malam kelmarin.

Di celah-celah gambar sekitar perhimpunan tersebut, Ban Hwa menyelitkan gambar Sultan Mizan yang berlatar belakang warna kuning dengan tulisan-tulisan Cina serta terjemahan bahasa Melayu berbunyi: "Sultan Mizan tidak terima keputusan pilihan raya!!!" - UTUSAN ONLINE




Sabtu, 4 Mei 2013

Tindakan tegas jika berkonvoi


IPOH - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik dan penyokong yang menganjurkan konvoi bermotosikal khususnya pada hari pengundian esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pihaknya tidak mahu ketenteraman proses pengundian diganggu dengan perbuatan sedemikian yang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, larangan tersebut selaras peruntukan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Pihak polis bahkan saya secara peribadi menerima banyak aduan mengenai ketidakselesaan orang ramai yang berhadapan kelibat peserta konvoi bermotosikal di seluruh negeri ini.

“Larangan tersebut selaras dengan bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas dan kita memberi amaran kepada semua yang terlibat supaya tidak menganjurkan (konvoi) terutama berdekatan lokasi-lokasi pusat pengundian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Katanya, bagi memastikan larangan tersebut dipatuhi pihaknya akan menempatkan lebih ramai anggota cawangan trafik di semua 24 kawasan parlimen di negeri ini.




Jumaat, 3 Mei 2013

#PRU13/Puak Pembangkang dah terdesak.....!

Petang tadi dalam kira-kira pukul 5.00 petang kelihatan sekumpulan pemuda-pemuda dari Parti pembangkang berkumpul beramai-ramai di tepi jalan Sungkai-Slim River,berdekatan persimpangan Felda Trolak.Boleh dikatakan setiap orang memegang sepanduk dan bendera-bendera Parti mereka.Perbuatan mereka ini bukan sahaja akan menjatuhkan imej Parti Pembangkang tetapi sedikit sebanyak akan menjatuhkan juga imej Bangsa Melayu dan Agama ISLAM.

Puak2 pembangkang ni sudah terdesak sangat kot nak pancing pengundi-pengundi pada Pilhanraya yang akan menjelang nanti.Dalam hujan yang begitu lebat pun sampai sanggup berkumpul beramai-ramai di tepi jalan sambil melompat-lompat serta memegang sepanduk dan bendera Parti mereka."UNDILAH PAS" itulah salah satu perkataan yang tertulis pada sepanduk mereka.Macam tidak begitu yakin je nak menang dalam Pilihanraya nanti,bunyinya.Barangkali dalam ceramah malam tadi,DR Anuar Ibrahim ada mewasiatkan sebegitu kot kepada penyokong2nya....apalah sangat yang diharapkan dari Ketua Pembangkang yang macam tu..Perasaan malu dan kesal tiada langsung terlintas dihati mereka ketika itu.malah perasaan malu dan kesal itu terlintas pulak dihati warga-warga setempat yang sempat menyaksikan seketikanya.
Masyaallah....itukah yang caranya untuk memartabatkan agama ISLAM dan Bangsa MELAYU?

Waspada apabila berjanji


RASULULLAH SAW bersabda, Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga perkara: apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila diberi amanah ia khianati. (riwayat Muslim)

Soal janji merupakan perkara pokok dalam menggalas sesuatu amanah, apabila kata-kata manis yang disuarakan di hadapan rakyat dikhianati, maka pincanglah sesuatu masyarakat.

Sehubungan itu, Nabi Muhammad terlebih dahulu memberi peringatan kepada umatnya agar berwaspada dengan janji yang dilaungkan untuk dilaksanakan.

Hadis di atas berkait rapat dengan musim pilihan raya yang berbaki beberapa hari lagi. Pada saat inilah kita dapati parti atau calon yang bertanding menaburkan 1001 janji untuk meraih undi agar mereka dipilih untuk menyandang gelaran Yang Berhormat.

Tetapi tidak lama kemudian setelah menguasai negeri atau kawasan tertentu, janji yang dilaungkan itu sudah tidak lagi kedengaran dan akhirnya menjadi omongan kosong semata-mata.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, sebagai manusia hatta para pemimpin, wajib melaksanakan janji walaupun sekecil-kecil perkara.

Jelas beliau, hal berkenaan ditegaskan oleh Rasulullah SAW seperti mana hadis baginda dengan menyebut orang-orang tidak melaksanakan janji bersifatkan ciri-ciri munafik.

Dr. Fadlan berkata, jika pada pilihan raya lalu, sesetengah pakatan parti politik menjanjikan pelbagai tawaran demi mengaburi mata pengundi, namun apabila rakyat mempersoalkan mengapa ia tidak ditunaikan, mereka memberikan 1001 alasan.

"Oleh demikian, jangan kita melagukan macam-macam manifesto dengan 'gula-gula' yang tidak realistik bagi mengaburi mata rakyat kerana apabila tidak dilaksanakan, kesannya amat besar.

"Implikasinya adalah rakyat mengharapkan habuan melalui manifesto itu dilaksanakan tetapi apabila gagal, mereka merasakan tertipu lalu hilang kepercayaan kepada pemimpin," katanya.

Bahkan Pengerusi Sekretariat Ilmuwan Malaysia itu berkata, Allah SWT berfirman dalam surah Mukminun menyebut antara sifat orang berjaya adalah mereka yang menjaga amanah dan janjinya, sekiranya ia bertentangan dengan perkara itu, maka mereka yang tidak melaksanakan janji dikategorikan orang gagal.

Tokoh agama itu menasihatkan para pengundi agar memilih pemimpin mempunyai rekod menunaikan janji sejak hampir 60 tahun lalu berbanding memilih individu atau parti yang telah diberi peluang memerintah di beberapa negeri tertentu tetapi tidak pernah mengotakan janji.

"Kepada para pengundi berwaspadalah dengan pelbagai manifesto tidak relevan berbanding dengan Aku Janji yang realistik dan mampu dilaksanakan.

"Selain itu, khususnya kepada parti dan calon, ingatlah kepada hadis disebutkan bahawa bahana bakal menimpa kepada mereka yang memungkiri janji. Ini kerana tidak tepati janji adalah salah satu ciri munafik.

"Jika mereka berbuat demikian, saya menyeru kepada mereka kembali kepada jalan benar dan taubat semoga Allah mengampunkan mereka," ujar Fadlan.

Negara Islam

Pemikiran bercelaru sesetengah pihak dengan menuduh sesuatu perkara tanpa mengemukakan asas dan bukti kukuh sebenarnya boleh mendatangkan keburukan kepada semua pihak lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan persoalan negara.

Hal itu sebenarnya berkaitan dengan tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa Malaysia adalah sebuah negara sekular selain menafikan peranan kerajaan yang selama ini berusaha gigih demi kesucian agama Islam.

Bagi menjawab tuduhan itu, terlebih dahulu baik kita teliti Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut: Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Kenyataan tersebut sudah jelas menafikan dakwaan di atas. Polemik berpanjangan itu boleh menggugat keamanan negara.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, hal ini boleh dengan melihat keseluruhan kandungan Perlembagaan yang antaranya menyentuh hak kesucian agama Islam di samping agama-agama lain terus dipelihara.

Jelas pengamal undang-undang itu, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan boleh diterjemahkan menerusi pengembangan dan pembangunan agama Islam yang selama ini dilakukan oleh kerajaan.

Kata beliau, hasil daripada peruntukan undang-undang itu maka tertubuh Tabung Haji, Bank Islam, pusat-pusat pengajian tinggi dan pendidikan Islam, saluran televisyen dan radio Islam, pengenalan produk-produk syariah, penaiktarafan mahkamah syariah dan lain-lain.

"Sehubungan itu, saya menjelaskan bahawa tuduhan berpanjangan itu sebenarnya boleh memberi implikasi kepada pembangunan terhadap agama Islam yang dikecapi selama ini sedangkan kandungan dalam perlembagaan menjamin kesucian agama," jelas beliau.

Walaupun pihak berkenaan mendakwa isu gejala sosial berlaku di sebalik tuduhan Malaysia sebagai negara sekular, dakwaan berkenaan tidak berasas sama sekali memandangkan pelbagai akta digubal untuk membendung masalah itu. Hal ini bertepatan dengan salah satu prinsip jenayah Islam iaitu takzir.

Oleh itu, Zainul Rijal menyelar tuduhan tidak berasas itu dengan mengajak mereka untuk memahami prinsip Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya menepati roh Islam.

"Janganlah kita menuduh sebarangan, marilah kita bersama-sama kerajaan membangunkan agama Islam demi meneruskan misi dakwah Rasulullah SAW," tegas Zainul Rijal.

Nada sama turut disuarakan Fadlan dengan menerangkan perbezaan organisasi pernah melaksanakan tanggungjawab berbanding gah atas nama slogan.

"Selama 55 tahun, siapakah yang melakukan pembangunan dan menjaga kedaulatan agama Islam berbanding slogan parti tertentu yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam?

"Jika kerajaan sedia ada kini tidak memperjuangkan agenda Islam, macam mana boleh terbinanya pelbagai pembangunan yang bertepatan dengan syariat Islam.

"Jangan bangga atas nama namun isinya kosong tetapi kita perlu melihat rekod dan kejayaan pembangunan terhadap agama Islam selama ini," kata beliau.




Menghayati sengsara dan kemanusiaan


MANUSIA dilahirkan dalam fitrah kesucian. Yang menjadikan manusia itu hilang kemanusiaan adalah kerana ego, tidak prihatin, rapuh keimanan, hilang jati diri dan luntur nilai-nilai murni yang diajari oleh agamanya.

Sebagai manusia yang dilahirkan mempunyai sensitiviti kepada perubahan sikap dan persekitaran, Husna Nazri tampil menyanyikan lagu sungkawa menerusi kumpulan puisi terbaharunya, iaitu Nyanyian Luka.

Nyanyian Luka menghimpunkan 139 buah puisi yang kebanyakannya mengalunkan nada kesedihan dan kesengsaraan. Sesekali puisi yang termuat dalam kumpulan ini meniupkan semangat perjuangan dan tidak mudah mengalah demi mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

Sebagai penyair, Husna Nazri menghantar rasa kemanusiaan kepada rakyat yang tertindas di luar negara seperti yang digambarkan dalam puisi Waktu Kutatap Cerita Lukamu, Aqsa, Biografi Kecil Khaleeda di Gaza, Suara Luka Anak-anak Palestin, Catatan Tanggal Rejab di Qanaa, Nyanyian Intifadah dan Nyanyian Luka yang menjuduli kumpulan puisi.

Kematian akibat peperangan dan pembunuhan yang kejam tidak harus dimaafkan. Apabila manusia menyalin sikap kebinatangan dan bertuhankan syaitan, maka mereka hilang rasa kemanusiaan seperti yang digambarkan dalam Biografi Kecil Khaleeda di Gaza.

Selain itu penyair turut menitipkan pesan dan harapan menerusi Rumah Bahasamu dan Kembalikan Dusun Bahasaku supaya bahasa ibunda dijaga walau apapun yang berlaku agar tidak tergadai.

Menerusi Penjenayah Bahasa pula, penyair menyelar pengguna bahasa ibunda yang sewenangnya melakukan jenayah bahasa seperti mencabul dan memperlekehkan kemampuan bahasa Melayu mendepani zaman globalisasi. Seharusnya, penutur punya jati diri dan rasa sayang akan bahasa tercinta ini.

Husna Nazri turut menyelami kesusahan dan penderitaan pencari rezeki untuk menyara keluarga. Begitulah yang cuba disogokkan Husna Nazri menerusi puisi Pengayuh Beca, Primadona, Peminta, Penggali Kubur, Seorang Tukang Gunting, Biografi Tukang Urut, Pemotong Rumput dan Biografi Si Tukang Sapu.

Setiap pekerjaan yang ditukangi berdepan dengan ranjau dan cabaran lalu menuntut kesabaran menghadapinya seperti yang digambarkan: "...seorang lelaki pengayuh beca tradisi/ mencurah keringat demi menampung hayat/ anak-anak dan isteri yang dikasihi..."

Puisi dalam kumpulan ini turut menerbitkan citra keislaman. Penyair mengajak pembaca agar selalu bermuhasabah diri dan mengajak hamba-hamba yang terpesong arah dan tersilap langkah untuk kembali kepada Yang Maha Esa.

Dalam Sujudku, Qasidah Rindu Sang Abid, Perempuan di Lorong Hitam, Takwa, Catatan pada Subuh Limun, Memasuki Rumah-Mu, Dalam Sirah Hijrah, Zikir Sang Mujahid, Munajat (iii), Dalam Cumbu Akrab dengan-Mu dan Di Hamparan Sejadah (ii) merupakan puisi yang dikesan memancarkan nur keislaman.

Turut dirakam dalam kumpulan puisi ini adalah pengembaraan seorang hamba ke alam barzah antara rela ataupun dijemput oleh kekejaman. Antara puisi tersebut termasuklah Ratib Kepulangan, Sebujur Mentah dalam Ratah Sadis, Muntassir Najwa dan Kamelia.

Kekuatan puisi yang dihidangkan oleh Husna Nazri terletak pada pertimbangan bahasa dan perlambangan yang terkawal. Husna Nazri bijak mengadun rasa dan menggandingkan dalam bahasa yang sederhana.

Oleh itu, jika kita mengiktiraf diri kita sebagai manusia berilah rasa kemanusiaan itu dengan memiliki kumpulan puisi Nyanyian Luka ini. Setidak-tidaknya, dengan membaca sejumlah puisi ini mampu memberi kesedaran bahawa masih ada manusia yang hidup sengsara, derita dan bergelut untuk melepaskan diri dari kurungan hitam dan kejaran muncung senapang.




PRU-13: DAP Taman Nesa dibubar


JOHOR BAHRU 3 Mei - Seramai 194 ahli DAP Cawangan Taman Nesa dekat sini, mengisytiharkan keluar parti itu berkuat kuasa malam tadi selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu selain akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Serentak dengan itu juga cawangan itu yang mula beroperasi sejak lapan tahun lalu juga dibubarkan dan kesemua bekas ahli cawangan itu kini bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Persatuan Masyarakat Setia Jujur Skudai.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, S. Kogilavani berkata, tindakan itu dibuat kerana mendakwa kepimpinan parti itu tidak menjaga kebajikan ahli di peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan masyarakat India.

"Saya ingin menegaskan bahawa tindakan saya bersama ahli cawangan ini keluar parti bukan dibeli oleh BN atau mana-mana pihak sebaliknya saya sudah tidak sabar lagi dengan kepimpinan DAP.

"Sebelum ini saya setia dengan parti walaupun suami saya sendiri dipecat daripada menjadi ahli sejak lebih setahun lalu tetapi kini keyakinan dan kepercayaan saya terhadap parti sudah pudar akibat sikap kepimpinan DAP sendiri," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Taman Nesa, dekat sini. - UTUSAN ONLINE




Rabu, 1 Mei 2013

Bekas pemain kebangsaan Yahya Jusoh meninggal dunia


KUALA TERENGGANU 1 Mei - Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Yahya Jusoh, 61, meninggal dunia akibat kanser prostat selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini kira-kira pukul 4.50 petang semalam.

Menurut anak ketiga Allahyarham, Hazim Yatimi, 26, sebelum dimasukkan ke hospital, bapanya pernah mengadu sakit selepas mengalami demam beberapa hari yang lalu.

Allahyarham yang juga bekas tonggak pertahanan Terengganu pada era 1970-an dan 1980-an dijangka disemadikan kira-kira pukul 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Batu Buruk di sini.