Ahad, 2 Ogos 2015

Al-Qassam akan balas keluarga Palestin dibakar penduduk Yahudi

Al-Qassam akan balas keluarga Palestin dibakar penduduk Yahudi

Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Harakatul Muqawwamah wal Islamiyah (Hamas) berjanji kepada entiti zionis bahawa pihaknya akan bertindak balas terhadap kejahatan yang dilakukan penduduk Yahudi yang telah membakar bayi Palestin di Nablus.

Izzuddin Al-Qassam, pada hari Jumaat, mengatakan bahawa pertempuran Palestin mempunyai hak untuk bertindak balas dengan cara yang membolehkan untuk membalas kejahatan pembakaran bayi Palestin di Tebing Barat.


Seorang juru bicara Al-Qassam, Abu Ubaidah mengatakan, "orang-orang Palestin dan gerakan penentangan tidak akan pernah diam terhadap jenayah yang dilakukan peneroka Yahudi di mana mereka telah membakar seorang bayi dan keluarganya di Nablus.


Abu Ubaidah ebagaimana dipetik laman Eramuslim, semalam menegaskan bahawa musuh hanya memahami bahasa penentangan dan kekuatan. 


Abu Ubaidah juga menyatakan, "para pemimpin Israel bertanggungjawab penuh terhadap pembakaran satu keluarga tersebut, ia menekankan bahawa rakyat Palestin dan gerakan perjuangan tidak akan diam terhadap kekejian ini".


Pada dini hari Jumaat lalu, beberapa penduduk Yahudi membakar sebuah rumah milik keluarga Palestin di desa Duma, selatan Nablus, di Tebing Barat ketika keluarga itu berada di dalamnya mengakibatkan seorang bayi, Ali Dawabsyeh yang berusia setahun setengah meninggal dunia, sementara saudaranya yang berusia 4 tahun beserta kedua orang tuanya mengalami kebakaran yang serius.

Tiada ulasan: