Isnin, 10 Mac 2014

Seorang daripada dua penumpang guna pasport curi dikenal pasti - KPN

KAJANG: Seorang daripada dua penumpang yang menggunakan pasport curi ketika menaiki pesawat MH370 Penerbangan Malaysia telah dikenal pasti.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata identiti lelaki tersebut diketahui setelah polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya mengesahkan bahawa lelaki tersebut bukan seorang warga Malaysia namun kita tidak dapat mendedahkan negara asal lelaki tersebut,” katanya ketika berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Beliau turut mengesahkan bahawa lelaki tersebut bukan juga berasal dari Xinjiang, China

“Sehingga kini, kita tiada bukti untuk mengaitkan bahawa kumpulan militan negara China bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat ini,”.

Apabila ditanya sama ada kedua-dua lelaki tersebut mempunyai rekod imigresen, Khalid berkata perkara tersebut masih dalam siasatan mereka.

“Kita masih lagi belum boleh mengaitkan kehilangan pesawat tersebut ada kaitannya dengan aktiviti pengganas namun biarkanlah kami menyiasat kesemua kemungkinan yang ada,” katanya lagi.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 10, 2014 19:20 (MYT)
Tag: MH370, Khalid Abu Bakar, Polis, KLIA, MAS



Tiada ulasan: