Rabu, 26 Mac 2014

MH370: Hishammuddin harap warga China bersabar, ia juga libatkan warganegara lain


MH370: Hishammuddin harap warga China bersabar, ia juga libatkan warganegara lain

KUALA LUMPUR: Segelintir ahli keluarga yang melakukan protes di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing diharap dapat bersabar kerana insiden Malaysia Airlines MH370 bukan sahaja melibatkan warganegara China. Pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu juga mempunyai penumpang dari negara-negara lain juga.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akui agak sukar untuk memberikan sebarang jawapan.

"Secara peribadi, ia agak sukar untuk saya. Sebagai seorang ayah dan saudara, saya memahami apa yang mereka sedang lalui. Selagi kita belum jumpa objek itu dan mengesahkan ia adalah milik MH370, kita tidak boleh memberikan mereka sebarang jawapan.

"Saya juga berharap agar pihak keluarga di Beijing dapat memahami bahawa bukan mereka sahaja yang kehilangan orang tersayang di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370. Bagi mereka di China, mereka perlu faham bahawa kita di Malaysia juga ada kehilangan ahli keluarga. Ia melibatkan warganegara lain juga," kata Hishammuddin ketika sidang media yang diadakan di PWTC petang tadi. 

Beliau turut berkata bahawa keadaan terkawal di kedutaan Malaysia di Beijing susulan tunjuk perasaan di sana. Insiden berkenaan juga tidak menjejaskan kerajaan China dan Malaysia.

"Hubungan government-to-government (G2G) mempunyai kefahaman yang erat dan mendalam," tambah Hishammuddin. 

Beijing

DiBeijing, kira-Kira 200 anggota keluarga 154 penumpang warga China dalam pesawat MH370 berarak dengan membawa sepanduk di depan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing bagi melahirkan kekecewaan mereka berkaitan berita tentang nasib pesawat itu.

Pada mulanya, tunjuk perasaan itu berlangsung secara aman namun bertukar menjadi tidak terkawal apabila mereka dihalang memasuki premis berkenaan oleh anggota keselamatan yang berkawal di depan kedutaan berkenaan.

Tiada ulasan: