Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertahankan penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' oleh polis.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Zahid berkata tindakan tersebut adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada lagi sultan di negeri itu.
Selain itu, beliau berkata apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada,
Katanya dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan, tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut takhta kesultananan di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura semenjak penubuhan Negeri-negeri Selat.
"Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan.
"Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut takhta Melaka harus melupakan hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.
Tambah Zahid, perkata tersebut harus diakui sebagai hakikat serta kenyataan.
Pagi tadi, Raja Noor Jan telah ditahan polis di Jasin, Melaka bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan.
Menurut polis, penahanan Noor Jan adalah berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Dia ditahan pada jam 10.50 pagi ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali Kesultanan Melayu Melaka.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Ghazali Khan Shah ketika dihubungi menjelaskan bahawa penahanan tersebut dibuat setelah menerima laporan polis dari pelbagai pihak mengenai penganjuran beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan