KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan Baginda berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini.
Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan.
"Jadi kenyataan ini adalah tidak sepatutnya dari orang yang bertanggungjawab kepada sukan menyatakan FAM pilih kasih," titah baginda.
Khairy pada Jumaat, membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.
FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60 ribu tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.
Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darulmakmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.
Baginda bertitah selepas Mesyuarat Kesalamatan aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan