Isnin, 16 April 2012

LAUTAN TERBENTANG LUAS

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar) (Surah An-Nur 24: Ayat 40)

Ingatan Tentang Ombak

Mawujun min fauqimawjun. Dalam ayat tersebut ada menyatakan tentang kewujudan ombak yang berlapis ombak. Kejadian ini disebabkan oleh ketumpatan air laut dan suhu yang berubah mengikut kedalaman air. Ketumpatan air berubah mengikut kedalaman air disebabkan oleh daya tarikan graviti.Senang kata, paling bawah yang paling tumpat, paling atas kurang tumpat dan suhu menjadi semakin rendah bila kedalaman bertambah. Kedua elemen ini bila kita gabungkan akan menghasilkan sifat laut yang berlapis-lapis.Lapisan air laut ni bergerak dengan kelajuan yang berbeza dan akan bergeser antara satu sama lain lalu membentuk ombak berlapis antara satu sama lain. Pergerakan air laut ini disebabkan oleh putaranbumi atas paksinya dan juga dinamakan ombak dalaman.

1 ulasan:

Mjdzulkif Yong berkata...

أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَبَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)
(Surah An-Nur 24: Ayat 40)