Sabtu, 28 April 2012

BERSIH 3.0 : Bila Yang Dikutuk Itu Islam, Yang Dihina Itu Melayu

BERSIH 3.0 : Bila Yang Dikutuk Itu Islam, Yang Dihina Itu Melayu

Ya, nampaknya peserta demonstrasi Bersih 3.0 marah, marah pada segala topik dan sub-topik yang berlaku di sekeliling mereka.Lalu ia diluahkan dengan cara berhimpun, menjerit, melakukan provokasi dan sebagainya.Ketika artikel ini ditulis, jam lebih kurang pukul 3 petang dan suasana terus riuh dengan pekikan mereka yang berdemonstrasi.Sasaran paling mudah adalah anggota polis yang rata-ratanya orang Islam dan beketurunan Melayu.Yang tumpang sekaki memaki hamun anggota-anggota polis ini ialah mereka yang bukan dari agama dan keturunan yang sama.Mereka ini sememangnya telah lama ‘jaki’ dan sakit hati dengan anggota keselamatan yang sebangsa dengan kita ini tetapi mereka sebelum ini tak mampu meluahkannya secara terbuka.Maklumlah orang kita ni PANTANG kalau dihina agama dan keturunannya.Namun bila melihat orang kita sendiri yang berbuat demikian pada anggota-anggota polis ini, apalagi, ia ibarat ‘bola tanggunglah’ jawabnya.Istilah yang paling mudah – TUMPANG SEKAKI!Pengalaman melihat provokasi terhadap anggota keselamatan tadi memperlihatkan ‘gelodak rasa’ mereka yang sebenar.

” POLIS ANJING! POLIS SIAL!, POLIS NERAKA JAHANAM!,

 POLIS BABI! “Itulah ayat yang sering diulang-ulang oleh para penunjuk persaan terutama apabila ada rakan mereka yang diberkas oleh pihak polis yang bertugas.Sedarlah, biar apapun keadaannya, yang dikutuk itu orang Islam, yang dihina itu tetap orang Melayu.Sedangkan memaki hamun orang yang bukan sedarah dengan kita pun tidak boleh, apatah lagi yang berkongsi agama dan ras yang sama.Bak kata peguam syariah yang terkenal, Zainul Rijal, seharusnya kita perlu menzahirkan teladan permuafakatan di dalam sesuatu isu dan berpegang kepada prinsip selagi isu tersebut bukan merupakan suatu isu yang asas maka perbezaan pandangan adalah diraikan.Perbezaan tersebut sepatutnya diraikan dengan hikmah berdasarkan adab ikhtilaf yang digariskan ulama terdahulu.Apa yang berlaku hari ini, kelapangan dada menerima pandangan berbeza itu sudah hilang dan adab berbeza pandangan sudah terlalu nadir.Apabila seseorang itu berbeza pandangan, khususnya membabitkan persoalan politik, orang itu dicemuh dan dikritik secara melulu seolah-olah tiada sebarang manfaatnya.Perkara sedemikian berlaku kerana umat Islam meletakkan persoalan politik mengatasi ajaran Islam itu sendiri.Prinsip hukum syarak yang mengajak kepada kehalusan budi dalam berbeza pandangan diketepikan dan objektif utama ialah untuk berada di puncak kekuasaan.Pendekatan sebegini hanya merugikan orang Islam.Sebagai orang Islam, walau apapun pegangan politik, Islam hendaklah diutamakan.Jika sesuatu itu dilakukan memberi kebaikan kepada agama dan negara, ia hendaklah disokong tanpa mengira siapa yang menzahirkan idea itu.Selamat berdemo untuk pengikut Bersih 3.0.

Tiada ulasan: