Ahad, 20 April 2014


Puaka Gua Tempurung sebabkan kematian Karpal, dakwa Raja Bomoh
Ibrahim Mat Zin - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Selepas berusaha membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang  lebih sebulan, lelaki yang mengelar dirinya sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' kini kembali beraksi untuk mencari kebenaran di sebalik kematian Karpal Singh pula.

Ini ekoran gambar Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang dilihat berjalan di sekitar kawasan di mana mendiang Karpal meninggal, sambil memegang suatu objek serupa sebuah mangkuk, disebarkan dengan meluasnya di laman sosial media.

Walaupun belum dipastikan tujuan beliau berada di kawasan itu, laman web Suara TV melaporkan bahawa  Ibrahim mendakwa kematian mendiang Karpal berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung  dan beliau telah pergi ke lokasi itu, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’.

Laporan itu turut berkata bahawa laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

"Semoga usaha yang saya lakukan itu akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi," beliau dilaporkan berkata sejurus melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat itu.

Sementara itu, pengguna Twitter kebanyakkannya menyindir perbuatan Raja Bomoh itu.

Ada yang berkata perbuatannya memalukan masyarakat Melayu di negara ini dan ada yang meminta pihak berkuasa untuk menahan beliau.
  
View image on Twitter


Khamis, 17 April 2014

Isteri ADUN Paloh maut dalam kemalangan jalan raya

KUALA LUMPUR: Isteri ADUN Paloh, Datuk Paduka Nozula Mat Diah, Datin Paduka Maziah Din dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sekitar jam 6.30 petang Khamis.

Menurut satu kenyataan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani, kenderaan yang dipandu sendiri oleh Nozula itu dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit di Cameron Hinglands menuju ke Simpang Pulai.

“Kenderaan dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin,” kata Acyrl Sani seperi dipetik meneusi kenyataan tersebut.

Nozula kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Ipoh dan hanya mengalami cedera ringan.


Karpal Singh, PA terlibat dalam kemalangan maut

  • Karpal Singh
 1 / 1 
IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama

Rabu, 16 April 2014

Suspek kedua ditahan di Pakistan atas kes makan bayi


Suspek kedua ditahan di Pakistan atas kes makan bayi
Mohammad Arif. -Gambar AFP

LAHORE: Polis Pakistan menahan seorang lelaki yang disyaki bersama saudaranya yang memakan bayi baru lahir di mana kepala bayi itu ditemui di rumah mereka, kata seorang pegawai.

Farman Ali ditahan sehari selepas polis menahan saudaranya Mohammad Arif berikutan penemuan mengerikan di rumah mereka di sebuah daerah terpencil di wilayah Punjab.

Pasangan itu pernah ditangkap pada 2011 atas kesalahan memakan mayat manusia di kampung yang sama dan dipenjarakan selama dua tahun.

Arif telah memberitahu polis bahawa Ali mencuri mayat bayi berusia dua hari dari tanah perkuburan di kampung Darya Khan, kira-kira 300 kilometer (180 batu) selatan Islamabad, sebelum mereka memasak dan memakannya.

Ketua Polis daerah Bhakkar Ameer Abdullah berkata Ali ditahan pada hari Selasa.

Mahkamah memerintah agar mereka diletakkan di bawah jagaan polis selama seminggu untuk siasatan.

Tiada kesalahan tertentu mengenai kanibalisme dalam undang-undang Pakistan, jadi Abdullah berkata mereka telah didakwa di bawah undang-undang anti-keganasan dan kerana memusnahkan tubuh manusia.

Suspek akan menjalani ujian psikiatri, kata Abdullah.

Polis berkata bahawa isteri dan ahli keluarga suspek telah meninggalkan mereka beberapa tahun yang lalu dan hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah yang sama.

Pada 2011, polis menemui mayat seorang wanita berusia 24 tahun tanpa kaki yang sudah dimakan.

Jumaat, 11 April 2014

Tembak dua anggota polis, suspek dipercayai cuba meragut.


Tembak dua anggota polis, suspek dipercayai cuba meragut

AMPANG JAYA: Penjenayah yang menembak dua anggota polis di Jalan Lembah Maju 1/16, Taman Lembah Maju, Pandan Indah di sini disifatkan sebagai seorang yang berbahaya dan kejam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata ketika kejadian suspek dalam lingkungan 30an itu bersama rakannya dipercayai sedang mencari-cari mangsa untuk diragut.

"Berdasarkan kelakuan mereka yang sangat mencurigakan, kita percaya mereka ini cuba mencari mangsa untuk diragut dan kawasan tersebut juga merupakan satu kawasan yang sibuk dengan orang ramai lalu lalang di situ," kata Rahim dalam satu sidang media di Balai Polis Pandan Indah.

Anggota polis yang cedera itu dikenali sebagai Lans Koperal Lional Richard Jr, 26, dan Konstabel Zul Fazli Atlahi ,28.

"Lional yang cedera ditembak dua das tembakan di bahagian perut oleh suspek sudah lapan tahun berkhidmat dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) manakala Zul Fazli yang cedera sedikit terkena tembakan dibawah perutnya pula baru masuk empat tahun perkhidmatannya dalam PDRM," katanya lagi.

Polis juga menemui motorsikal yang digunakan suspek dalam kejadian itu dan mendapati ianya menggunakan nombor plat palsu.

"Berdasarkan nombor chasis motorsikal tersebut, ianya telah dilaporkan hilang di Setapak pada tahun lalu,".

Kedua-dua mangsa kini dalam keadaan stabil dan pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari perut Lans Koperal Lional dijangka akan dilakukan pada petang ini.

Gerakan besar-besaran memburu suspek telah dipergiatkan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan melawat kedua-dua anggota polis tersebut sekitar jam 4.30 petang ini.

Sabtu, 5 April 2014

MH370: Kos mengesan paling mahal dalam sejarah penerbangan

PERTH 5 April - Kos digunakan bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, merupakan yang paling mahal dalam sejarah industri penerbangan, lapor Fairfax Media.
Menurut FairFax Media, jumlah kos siasatan yang diketahui pada masa ini menunjukkan lebih AS$50 juta (RM164 juta) telah dibelanjakan iaitu melepasi perbelanjaan siasatan selama dua tahun nahas Air France sebelum ini. - Agensi

Jumaat, 4 April 2014

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIBNYA....CARA MANDI WAJIB YANG BETUL..!!!

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....AMARAN TOK IMAM

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara

Pertama: niat.

Kedua: menghilangkan najis di badan.

Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…