Selasa, 27 Ogos 2013

MAS bawa pulang 280 pelajar dari Mesir hari ini

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Malaysia Airlines (MAS) hari ini membawa pulang 280 pelajar Malaysia dari Kaherah, Mesir menerusi pesawat A333.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan di sini berkata, syarikat itu melakukan tiga penerbangan minggu ini, iaitu semalam, hari ini dan esok bagi membawa balik pelajar Malaysia dari negara bergolak tersebut.
"Kami berbangga dapat menyumbang kepada misin penting itu dan berharap konflik di Mesir dapat diselesaikan segera," katanya.
Beliau turut memuji kepantasan syarikat penerbangan nasional itu memberi respons kepada usaha kerajaan mengeluarkan rakyat negara ini dari Mesir.
Operasi itu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ini kali kedua MAS terbabit membantu MKN membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Kali pertama pada 2011. -BERNAMA

Tiada ulasan: