Ia adalah berlandaskan hujah bahawa ucapan sedemikian membayangkan penerimaanhari perayaan agama Kristian dengan merujuk kepadatarikh kelahiran Jesus (Nabi Isa) yang kononnya dikatakan sebagai anak tuhan.
Ini termasuklah pendapat daripada ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi yang mengatakan perbuatan mengucapkan selamat pada hari kebesaran orang bukan Islam adalah bertentangan dengan asas-asas akidah Islam.
Malah pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik pernah tegas menyatakan bahawa ucapan perayaan Kristian tersebut adalah haram dengan berkata: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
Isu yangsering kali menimbulkan polemik dan salah faham baik dalam kalangan bukan Muslim mahupun Muslim itu sendiri ini turut mendapat perhatian daripadaMufti Wilayah Persekutuan,Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menerusi laman web rasmi pejabat beliau, tokoh tersebut turut memberi pencerahan secara terperinci terhadap isu kontroversi itu susulan topik tersebut menjadi tular di media sosial kebelakangan ini.
Menurut Dr. Zulkifli, ucapan Merry Chrismas atau Selamat Hari Natal adalah diharuskankerana ia adalah berdasarkan kepada beberapa hujah dan pandangan pelbagai ulama yang telah lama diterima pakai.
Antaranya ucapan yang diberikan itu hanya merupakan simbol perpaduan untuk masyarakat berbilang agama yang hidup harmoni secara majmuk seperti berlaku di negara kita sejak dahulu lagi.
Bagaimanapun, katanya umat Islam tetap perlu mematuhi beberapa syarat seperti melafazkan ucapan tanpa niat mengagungkan, dan tidak membabitkan diri dalam ritual keagamaan yang dilakukan.
Kenyataan Dr. Zulkifli itu turut memetik beberapa rujukan dalil daripada ayat al-Quran, seperti Surah al-Mumtahanah iaitu ayat 8 hingga 9.
Ayat itu antara lainnya menggalakkan umat Islam agar dapat berlaku adil dan saksama kepada orang bukan Islam yang tidak bermusuhan dengan penganut Islam.
Menurut kenyataan itu lagi, hal ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 pada tahun 2007 yang berbunyi:
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.