Selasa, 9 September 2014

DAP SEMBAH AMPUN PADA SULTAN SELANGOR


SHAH ALAM – DAP hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu telah menyebabkan tuanku berasa dukacita terhadap keputusannya mengemukakan hanya satu nama iaitu Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baharu.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, meskipun parti itu gagal memenuhi permintaan tuanku supaya mengemukakan lebih dua nama bagi jawatan itu, namun pihaknya sentiasa setia dan mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan itu.

“Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulitnya menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan PKR dan DAP yang ingkar dengan titah baginda supaya parti-parti dalam PR mengemukakan lebih dua nama bagi calon jawatan menteri besar. 

Datuk Mohamad Munir Bani berkata, tindakan PKR dan DAP itu menggambarkan kebiadaban kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah baginda.

Menurutnya, Sultan Sharafuddin telah menerima senarai calon menteri besar daripada ketiga-tiga parti dalam PR namun hanya Pas yang akur titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP akan berunding dengan Ketua Pembangkang itu berkenaan dengan titah Sultan Selangor terbaru itu secepat mungkin.

“DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku,” katanya lagi.

Isnin, 8 September 2014

"SERANG" Presiden Pas secara terbuka

KUALA LUMPUR 7 Sept. - DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka berikutan pendirian tegas Presiden Pas itu yang menolak Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Malah, beberapa pemimpin DAP khususnya Tony Pua yang diketahui cukup rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak cukup celupar apabila mempersoal sejauh mana kehebatan Abdul Hadi dengan mengaitkan kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dan Kedah.
Di pihak PKR, 'serangan' ke atas Presiden Pas dimulakan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail apabila beliau menyifatkan sokongan rakyat kepada Pas semakin merosot di bawah pimpinan Abdul Hadi.
Dakwanya, keadaan itu terbukti jika melihat kepada pengaruh Pas di Terengganu, Kedah dan Perak yang menyaksikan Barisan Nasio-nal (BN) berjaya merampas kembali pucuk pimpinan negeri.
Tidak cukup dengan Saifuddin, turut sama 'menyerang' Abdul Hadi ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad apabila beliau yang baru dianggap setahun jagung dalam dunia politik secara lantang mengarahkan Pre-siden Pas itu menarik balik kenya-taannya yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan.
Persoalannya kini apakah akan ada pemimpin-pemimpin kanan Pas selain daripada kumpulan ulama bangkit mempertahankan Presiden Pas tersebut yang sedang diserang sebegitu rupa ataupun mereka yang dikenali sebagai puak 'Anwarinas' itu hanya membisu membiarkan Abdul Hadi keseo-rangan.
Tony Pua menerusi Facebook-nya berkata, kenyataan Abdul Hadi yang merujuk kepada ketidakupayaan Wan Azizah itu dibuat oleh seorang lelaki yang gagal mempertahankan Terengganu selepas hanya berupaya untuk menjadi Menteri Besar negeri itu hanya sepenggal.
"Lelaki yang enggan menggantikan Menteri Besar Kedah (merujuk kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) meski pun telah terlantar selama berbulan-bulan di hospital," katanya yang kemudian mendapat lebih 1,000 sokongan rakan Facebooknya sebagaimana dipetik, hari ini.
Tidak cukup dengan Tony Pua, Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim juga menghangatkan suasana apabila meminta Abdul Hadi menilai kemampuan beliau sebagai Presiden Pas terlebih dahulu sebelum bertindak mempersoal kewibawaan Wan Azizah.
"Biar fakta yang bercakap. Abdul Hadi adalah Menteri Besar apabila Pas kehilangan kuasa di Terengganu dan beliau merupakan Presiden Pas ketika parti itu hilang kuasa di Kedah. Itu adalah rekod kemampuan beliau," katanya sinis.
Sementara itu, seperti juga Nik Nazmi, Ketua Penerangan Wani-ta PKR, Azura Aziz juga tampil mengecam Abdul Hadi tetapi beliau bertindak lebih jauh apabila menyifatkan Presiden Pas tersebut sebagai mengkhianati pakatan pembangkang.
"Siapa dia untuk mengatakan bahawa Wan Azizah tidak mampu? Dia cuba meletakkan tiga nama daripada Pas dan bukannya apa yang telah dipersetujui semasa mesyuarat pakatan rakyat. Jika dia tidak berpuas hati dengan gabung-an pakatan, dia harus meninggalkan parti," katanya.

Selasa, 2 September 2014

GADIS 'MALAM MERDEKA' MANGSA NAFSU DIMINTA TAMPIL BUAT LAPORAN



KUALA LUMPUR: Wanita tempatan yang muncul bogel sebelum gambarnya tersebar melalui laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin diminta membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Wanita dipercayai berusia 20-an itu sebelum ini mencetuskan kegemparan apabila terdapat tulisan ‘Malam Merdeka’ pada gambar lucah yang tersebar.

Gambar berkenaan yang turut dikongsi ramai pemilik FB mencetuskan rasa kurang senang apatah lagi wanita itu tampil memakai tudung.

Gambar itu turut dipercayai dirakam bersama seorang lelaki di dalam sebuah bilik berdasarkan gambar tangan seorang lelaki yang meraba wanita itu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius penyebaran gambar lucah itu yang jelas menyalahi undang-undang.

Menurutnya, wanita itu yang mungkin mangsa perbuatan pihak tidak bertanggungjawab perlu tampil membuat laporan polis secepat mungkin sekiranya dia dirogol atau sebaliknya.

“Polis kemudian akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Polis juga menyeru masyarakat tidak berkongsi dan menyebarkan apa sahaja bahan tidak senonoh di dalam media sosial yang boleh mengaibkan pihak tertentu sehingga menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Dia menyifatkan kegiatan penyebaran gambar seumpama itu hanya akan memalukan mangsa selain menyebabkan ia menjadi ikutan golongan remaja.

Isnin, 1 September 2014

ALLAH BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati

BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati


BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati -

Seorang gadis Mesir yang menggemparkan umat dunia semalam apabila beliau dengan beraninya mengalirkan darah haid atas kalimah allah kini terlibat dalam kemalangan ngeri menurut sumber dari Upi.com.

Kini kesombongan dirinya tidak dapat lagi diperlihatkan kerana perbuatan kejinya dibayar cash didunia. Alangkah ruginya seorang manusia itu jika belum sempat bertaubat. Walahu alam.