Sabtu, 10 November 2012

Lagi REZEKI yang datang untuk WARGA-WARGA Felda.


RM563,175,000 untuk generasi baharu Felda dibayar

SHAH ALAM 10 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan pemberian durian runtuh fasa ketiga bagi belia generasi baharu Felda bernilai RM5,000 kepada setiap 112,635 keluarga peneroka.
Bayaran durian runtuh berjumlah RM563 juta itu akan dibayar dalam bentuk cek melalui rancangan Felda dengan pihak keluarga generasi tersebut akan menentukan penama cek berkenaan secara sebulat suara.
"Janji ditepati bukan hanya slogan kita, tapi kita buktikan setiap perkara itu akan ditepati dan ditunaikan,’’ katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Generasi Baharu Felda di Universiti Teknologi Mara (UITM) dekat sini hari ini.
Pembayaran durian runtuh kali ini merupakan susulan selepas Perdana Menteri menyampaikan pemberian sama kepada golongan peneroka dan penerokawati Felda sebelum ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121110/dn_24/RM563175000-untuk-generasi-baharu-Felda--dibayar#ixzz2BnZ6LOsu
© Utusan Melayu (M) Bhd