Sabtu, 2 Mei 2020
Khamis, 11 Julai 2019
CADANGAN MENCANTUMKAN LADANG FELDA MENJADI ESTET BESAR. APAKAH KESANNYA DARI SEGI PERUNDANGAN HARTANAH?
CADANGAN MENCANTUMKAN LADANG FELDA MENJADI ESTET BESAR. APAKAH KESANNYA DARI SEGI PERUNDANGAN HARTANAH?
1. Baru-baru ini Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan merancang mencantumkan tanah peneroka FELDA sebagai satu entiti pengurusan estet yang besar bagi memastikan hasil tanaman dan keuntungan dapat dipertingkatkan.
2. Dari sudut ekonomi, ianya mungkin satu cadangan yang baik kerana melalui pendekatan tersebut ia dapat menjana pendapatan tambahan kepada peneroka dan peneroka tidak lagi terlalu bergantung dengan tanaman kelapa sawit dan getah.
3. Namun dari sudut perundangan, saya melihat cadangan tersebut perlu diperhalusi untuk mengelakkan berlakunya masalah jangka masa panjang terutamanya dari sudut ketuanpunyaan, pemilikan dan pewarisan terhadap tanah ladang tersebut. Apatah lagi kaedah penyantuman ladang-ladang tersebut pun masih belum jelas dan masih di peringkat cadangan.
4. Jika kita rujuk kepada Seksyen 146 Kanun Tanah Negara 1965, sekiranya tanah ladang milik peneroka itu ingin digabungkan menjadi satu estet besar di bawah kaedah penyatuan (amalgamation), maka semua suratan hakmilik (geran tanah) keseluruhan tanah ladang tersebut akan disatukan menjadi satu lot tanah yang akan mempunyai satu suratan hakmilik (geran tanah) sahaja.
5. Jika kaedah ini dilakukan, di dalam suratan hakmilik (geran tanah) estet besar tersebut kelak akan tersenarai semua nama peneroka-peneroka sesuatu FELDA. Maknanya kalau tanah rancangan Felda tersebut mempunyai 500 orang peneroka, maka melalui kaedah penyatuan (amalgamation) tanah ladang menjadi tanah estet besar ini, kesemua nama peneroka akan dimasukkan di dalam geran tanah estet besar tadi sebagai pemilik bersama (co-proprietors).
6. Situasi ini boleh menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari terutamanya sekiranya peneroka-peneroka tersebut meninggal dunia di mana daripada 500 penama asal dalam geran tadi ia mungkin akan menjadi ribuan penama setelah nama waris-waris peneroka yang telah meninggal dunia tadi dimasukkan ke dalam geran estet besar.
7. Bayangkan, kalau dalam satu geran tanah yang ada 2 atau 3 orang penama pun sudah berlaku perbagai masalah, apatah lagi sekiranya dalam geran besar tersebut mempunyai ribuan penama. Saya tidak boleh bayangkan kalau keadaan tersebut benar-benar berlaku.
8. Jadi saya fikir dari segi kesan perundangan jangka masa panjang, cadangan melalui pendekatan tersebut agak tidak praktikal untuk dilaksanakan.
9. Selain daripada itu, saya juga melihat cadangan penyantuman ladang-ladang tersebut di bawah kaedah penyatuan (amalganation) bakal bercanggah dengan beberapa peruntukan dalam Akta GSA itu sendiri.
10. Pertamanya dari segi soal ketuanpunyaan di mana Akta GSA mensyaratkan hanya 2 penama sahaja yang boleh diletakkan dalam geran tanah Felda dalam satu-satu masa. Apabila penyatuan tanah ladang tersebut dilakukan sudah pasti di dalam geran tanah estet besar kelak bakal mempunyai banyak penama.
11. Keduanya dari segi soal pewarisan tanah FELDA di mana Akta GSA mensyaratkan hanya 2 penama sebagai pentadbir sahaja boleh diletakkan dalam geran sekiranya peneroka tersebut meninggal dunia. Sedangkan jika penyatuan tanah ladang tersebut dilakukan, dalam geran estet besar nanti bakal ada banyak nama dimasukkan sebagai pentadbir.
12. Ketiganya dari segi siapakah yang akan pegang geran estet besar tersebut jika ianya dikeluarkan kelak? Adakah semua peneroka akan bergilir-gilir memegangnya? Atau geran tersebut akan dipegang oleh pihak FELDA sendiri? Jika ya apakah hak FELDA untuk pegang geran estet tersebut sedangkan mereka bukanlah pemilik di dalam geran?
13. Persoalan-persoalan di atas memerlukan pencerahan jelas daripada pihak Felda dan Kerajaan sendiri.
14. Cuma secara peribada saya merasakan, mengambil kira kesan-kesan besar yang saya nyatakan diatas, saya yakin dan percaya pihak FELDA dan kerajaan mungkin tidak akan mengambil pendekatan menyatukan ladang-ladang peneroka tersebut di bawah kaedah amalgamation sebagaimana yang saya nyatakan di atas. Bahkan saya juga tidak fikir kerajaan akan meminta semua peneroka memindahmilikkan ladang-ladang mereka kepada FELDA untuk diuruskan menjadi estet besar.
15. Berkemungkinan besar, alternatif yang mungkin dilakukan oleh Kerajaan dan FELDA adalah meyakinkan semua peneroka untuk memberi Surat Wakil Kuasa (PA) kepada FELDA tertakluk kepada terma dan syarat dari segi pembahagian hasil keuntungan ladang dan sebagainya, di mana melalui pendekatan ini peneroka masih kekal sebagai pemilik berdaftar dalam geran, tetapi segala urusan berkaitan pentadbiran dan pengurusan estet besar tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan seliaan pihak FELDA. Pendekatan ini mungkin dilihat lebih praktikal. Cuma persoalannya adakah peneroka Felda akan bersetuju untuk menandatangani PA tersebut?
16. Apapun saya serahkan kepada pihak kerajaan dan pengurusan Felda untuk memperhalusi lagi cadangan tersebut khususnya dari aspek perundangan dan seterusnya memberi pencerahan yang jelas kepada rakyat amnya dan peneroka FELDA khususnya tentang cadangan tersebut.
Sekian terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2560008374038734&id=100000887897702

Selasa, 9 Oktober 2018
Batal MRT2: 20,000 pekerja, 600 syarikat hilang pendapatan
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pembatalan pakej projek Transit Aliran Massa (MRT2) yang dianugerahkan kepada gabungan Gamuda dan MMC Corp (Gamuda-MMC) menyebabkan 20,000 pekerja dan 600 lagi syarikat tempatan akan hilang punca pendapatan.
Katanya, beliau kecewa dengan keputusan pembatalan yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Selasa, 11 Julai 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN TROLAK SELATAN
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan telah dibuka pada 07.01.1974 dengan keluasan 8.8 ekar, mempunyai sebuah bangunan dua tingkat, sebuah kantin dan sebuah padang bola. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 168 orang. Pada 25 Julai 1975 sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dr. Mahadhir Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu dengan bilangan murid seramai 298 orang dan 10 orang tenaga pengajar. Pada tahun 1977 sebuah bangunan sementara dengan dua buah bilik darjah didirikan dengan bantuan kewangan sebanyak RM1000.00 oleh YAB En. Mak Hon Kam. Pada tahun 1979 seunit rumah guru besar kelas E dan dua unit rumah guru kelas F telah dibina.
Selepas itu sebuah bangunan tambahan dua bilik darjah didirikan hasil bantuan daripada sumbangan Program Pembangunan Luar Bandar (PLB) sebanyak RM3000.00. Hasil sumbangan ini menjadikan sebanyak 21 buah kelas dan 829 orang murid dengan tenaga pengajar seramai 21 orang. Pada 2 September 1980, sebuah klinik pergigian telah ditempatkan di sekolah ini dengan kerjasama Jabatan Pergigian Negeri Perak. Pada bulan September 1980, sebuah bangunan tambahan dua tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah siap dibina. Sekolah ini telah dinaikkan taraf dari gred C kepada gred B.
Pada 1 Ogos 1983, Sekolah ini telah dinaikkan taraf keg red A. Pada tahun 1982 sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah percubaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Pada 15 November 1982 YAB Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia telah merasmikan bangunan tambahan sekolah ini. Berikutan dengan bangunan sekolah di SK Trolak Timur masih belum siap, pada bulan Januari 1982 murid-murid tahun 1 dan 5 ditempatkan di sekolah ini. Murid tahun 2, 3, 4 dan 6 diadakan di Trolak Timur sebagai cawangan kepada sekolah ini.
Bangunan sementara dan lapan buah rumah peneroka telah diubahsuai sebagai bilik darjah. Ketika itu jumlah murid yang belajar di cawangan Trolak Timur ialah seramai 243 orang dan disekolah ini adalah seramai 122 orang. Seterusnya pada tahun 2002 sebuah bangunan baru empat tingkat siap dibina. Selepas itu sesi persekolahan telah bertukar daripada dua sesi kepada satu sesi persekolahan sahaja.
VISI
Melonjakkan SKTS Ke Arah Kecemerlangan Dalam Pencapaian Akademik, Kokurikulum Dan Imej Sekolah.
MISI
· Memperkasakan Kepimpinan Dan Pengurusan Sekolah.
· Membangun Dan Meningkatkan Kualiti Dan Kuantiti Murid Dalam Bidang Akademik, Kokurikulum Dan Sahsiah.
· Membudayakan Amalan Headcount Dan Budaya Membaca Dikalangan Warga Sekolah.
· Meningkatkan Amalan Pemantauan Dan Penyeliaan Berfokus.
· Memantap Dan Memperkasakan Semua Program Kecemerlangan Kearah Misi Nasional.
MOTO
Belajar, Berdisiplin dan Berjaya
Isnin, 6 Mac 2017
Cara Solat Jenazah-Panduan Sembahyang Jenazah
Salam semua, hari ini saya terpanggil untuk memasukkan entri ini – panduan dan cara solat jenazah atau cara sembahyang jenazah untuk kita semua. Sebenarnya, artikel ini ditulis disebabkan saya baru saja kematian bapa saudara saya dan diharap panduan solat jenazah ini dapat membantu sesiapa saja terutama kita kaum lelaki untuk melaksanakan solat jenazah kepada saudara kita yang terdekat.
Berikut adalah info dan tatacara melakukan solat jenazah / sembahyang jenazah yang saya petik daripada blog Ustaz Noramin.Jenazah
olat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.
Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
Persediaan Solat Jenazah
- Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
- Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
- Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :
الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله
Jawab Makmum :
الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله
Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah
- Niat pada takbiratul ihram.
- Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
- Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
- Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
- Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
- Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
- Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)
Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.
أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.
أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.
Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا
أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.
Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram
اَ للهُ اَكْبَرُ
“Allah Maha Besar”.
Beserta dengan niat
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.
Membaca Surah Al-Fatihah
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)
Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”
Takbir ketiga berdoa untuk si mati.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”
Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”
Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ
Bacaan sesudah salam
- Surah Al-Ikhlas 3 kali.
- Surah Al-Falaq 1 kali.
- Surah An-Nas 1 kali.
- Surah Al-Fatihah 1 kali.
- Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
- Ayat Kursi 1 kali.
- Doa yang sesuai.
Selasa, 20 Disember 2016
Ucapan Merry Christmas Diharuskan Mufti WP
PELBAGAI pandangan daripada ulama dan pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa ucapan Selamat Hari Krismas atau Merry Christmas diklasifikasikan sebagai haram bagi umat Islam.
Ia adalah berlandaskan hujah bahawa ucapan sedemikian membayangkan penerimaanhari perayaan agama Kristian dengan merujuk kepadatarikh kelahiran Jesus (Nabi Isa) yang kononnya dikatakan sebagai anak tuhan.
Ini termasuklah pendapat daripada ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi yang mengatakan perbuatan mengucapkan selamat pada hari kebesaran orang bukan Islam adalah bertentangan dengan asas-asas akidah Islam.
Malah pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik pernah tegas menyatakan bahawa ucapan perayaan Kristian tersebut adalah haram dengan berkata: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
Isu yangsering kali menimbulkan polemik dan salah faham baik dalam kalangan bukan Muslim mahupun Muslim itu sendiri ini turut mendapat perhatian daripadaMufti Wilayah Persekutuan,Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menerusi laman web rasmi pejabat beliau, tokoh tersebut turut memberi pencerahan secara terperinci terhadap isu kontroversi itu susulan topik tersebut menjadi tular di media sosial kebelakangan ini.
Menurut Dr. Zulkifli, ucapan Merry Chrismas atau Selamat Hari Natal adalah diharuskankerana ia adalah berdasarkan kepada beberapa hujah dan pandangan pelbagai ulama yang telah lama diterima pakai.
Antaranya ucapan yang diberikan itu hanya merupakan simbol perpaduan untuk masyarakat berbilang agama yang hidup harmoni secara majmuk seperti berlaku di negara kita sejak dahulu lagi.
Bagaimanapun, katanya umat Islam tetap perlu mematuhi beberapa syarat seperti melafazkan ucapan tanpa niat mengagungkan, dan tidak membabitkan diri dalam ritual keagamaan yang dilakukan.
Kenyataan Dr. Zulkifli itu turut memetik beberapa rujukan dalil daripada ayat al-Quran, seperti Surah al-Mumtahanah iaitu ayat 8 hingga 9.
Ayat itu antara lainnya menggalakkan umat Islam agar dapat berlaku adil dan saksama kepada orang bukan Islam yang tidak bermusuhan dengan penganut Islam.
Menurut kenyataan itu lagi, hal ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 pada tahun 2007 yang berbunyi:
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Isnin, 26 September 2016
Khamis, 19 November 2015
Kisah Ajaib Doktor Yahudi yang Buka Klinik di Zaman Nabi Muhammad
Pada suatu hari, Nabi Muhammad kedatangan tamu seorang doktor Yahudi yang datang dari Palestin. Ia minta izin untuk buka klinik di kota Madinah. Nabi Muhammad pun mengizinkan. doktor Yahudi itupun mulai buka klinik. Tapi, satu bulan kemudian ia kembali datang menemui Nabi Muhammad, kali ini untuk izin pulang ke negerinya.
Nabi Muhammad pun tak dapat menyembunyikan keheranannya. “Kenapa Anda begitu cepat meninggalkan kota ini, apa ada yang kurang menyenangkan di sini?,’’ tanya Nabi Muhammad. “Tidak, Tuan. Semuanya baik-baik saja. Bahkan penduduk kota ini sungguh sangat menyenangkan,” balas si doktor.“Lalu, apa yang menjadi masalahnya?,” desak Nabi Muhammad.
Si doktor berterus terang, bahwa ia ingin cepat pulang ke negerinya karana selama satu bulan buka klinik di Madinah tak satu pun warga kota yang datang untuk berubat padanya. Padahal, di negerinya ia termasuk doktor pakar yang terkenal dan banyak pelangannya.
Kemudian ia melanjutkan ceritanya. “Karena penasaran, saya pun berkeliling kota masuk kampung keluar kampung untuk mencari pelangan yang sakit. Tapi, tak satu pun saya jumpai orang sakit untuk saya ubati. Saya merasa heran, seluruh warga kota dalam keadaan sihat wa'afiat. Belum pernah saya dapati kota dengan seluruh penduduknya yang sihat seperti di kota Madinah ini,” ujarnya panjang lebar.
“Lalu, saya bertanya kepada penduduk yang saya jumpai, apa rahasianya sehingga mereka hidup hampir sihat sempurna?” lanjut si doktor. “Lantas, apa jawaban mereka?,” Tanya Nabi Muhammad. Mereka menjawab: “Kami adalah kaum yang tidak (akan) makan sebelum datang lapar. Dan apabila kami makan, tidak (sampai) kekenyangan. Begitulah jawab mereka, Tuan,” jelas si doktor Yahudi itu kepada Nabi Muhammad.
Mendengar cerita doktor tersebut, Nabi Muhammad mengulas, “Sungguh benar apa yang mereka katakan kepada tuan,” ujar Nabi Muhammad lalu bersabda, “Lambung manusia itu tempatnya segala penyakit, sedangkan pencegahan itu pokok dari segala pengubatan”. (HR. Ad-Dailami).
Berdasarkan dari cerita ajaib doktor Yahudi di atas dapat kita simpulkan, bahawa kaum Muslimin pada masa awal berkembangnya agama Islam adalah satu kaum (umat) yang amat disiplin dalam mempraktikkan cara hidup sederhana.
Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud rodhiyallahu ‘anhu bahawa, “Kami adalah kaum yang tidak (akan) makan kecuali lapar, dan apabila makan tidak akan (sampai) kekenyangan”. Hal ini menggambarkan sikap hidup umat Islam yang sangat berhati-hati dalam soal pengendalian perut.
Meskipun mereka hidup berkecukupan, mereka tidak menjadi rakus dan selalu menjalani pola hidup sederhana seperti yang diajarkan dan dicontohkan Nabi Muhammad. Hal itu membuat mereka mampu mengendalikan perut dengan menghindari sifat rakus atau ingin menikmati segalanya.
Mereka yakin bahwa tanpa tanpa kendali, perut atau lambung dapat menjadi tempatnya segala penyakit baik yang bersifat fizikal maupun non fizikal. Yang bersifat fizikal adalah segala bentuk penyakit yang dapat dideteksi secara medis seperti diare, disentri, kolera, maag, dan penyakit perut lainnya.
Sedangkan yang bersifat non fizikal adalah segala bentuk penyakit kejiwaan yang tidak dapat dideteksi secara medis, seperti tamak, rakus, serakah, konsumtif, materialistis, dsb, dimana penyakit tersebut hanya bisa diobati dengan cara mengingat Allah (dzikir) dan lebih mendekatkan diri kepada-Nya (taqarrub ilallah). Allah SWT berfirman,
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (QS. Al-A’raaf 7 : 31). [zdn/At-Thibun Natura Holistic]

Isnin, 21 September 2015
PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkuat kuasa 9 September lalu hingga 8 September 2017.
Majlis penyerahan surat perlantikan disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak di sini, hari ini.
Mohd Khusairi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, susulan rombakan kabinet pada 28 Julai lalu.
Sabtu, 12 September 2015
Sekurang-kurangnya 107 jemaah maut kren tumbang di Masjidilharam
Sekurang-kurangnya 107 jemaah maut kren tumbang di Masjidilharam
: Sekurang-kurangnya 107 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi kren runtuh di Masjidilharam di sini, dua minggu selepas umat Islam mula menunaikan ibadah Haji.
Selain dari angka kematian, 238 dilaporkan mengalami kecederaan, menurut pihak Pertahanan Awam Arab Saudi.
Agensi berita Saudi memetik sebagai berkata
pada Jumaat petang.
Bernama pada Sabtu pagi melaporkan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 5
waktu tempatan (Jumaat 10 malam waktu Malaysia), seorang jemaah haji lelaki Malaysia dilaporkan patah kaki, manakala lima lagi cedera ringan.
“Empat jemaah lelaki dan dua jemaah wanita cedera, termasuk seorang patah kaki, dia (patah kaki) kini dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pihak Tabung Haji (TH) akan membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik bagi pengesahan selanjutnya berkenaan jumlah jemaah haji Malaysia yang terbabit.
“Selepas solat Isyak, bermula 11 malam ini (Sabtu 4 pagi waktu Malaysia), kita akan membuat pemeriksaan bilik ke bilik, untuk mengesahkan jemaah kita yang pergi bersolat di Masjidil Haram, pulang ke bilik masing-masing," katanya.
Beliau berkata keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu telah dimaklumkan.

Langgan:
Catatan (Atom)